Thursday, February 26, 2015

Bekerja Di Ladang Australia : BUKAN untuk DIVA


Memandangkan hari ni saya bercuti, so adalah sedikit kelapangan untuk menulis artikel yang memang sudah lama ingin saya kongsikan bersama pembaca di luar sana. 


"BUKAN untuk DIVA"


Ayat diatas adalah satu bentuk penegasan mudah dan ringkas untuk sesiapa sahaja yang berangan bekerja di LADANG AUSTRALIA lalu mendapat bayaran yang tinggi justeru menjadi lebih kaya daripada kehidupan yang sebelumnya. Jika anda memiliki mindset seperti ini, saya tegaskan sekali lagi, baik anda duduk diam di Malaysia dan jangan sekali-kali bermimpi untuk bekerja di Ladang Australia.

Jika Rosmah sekalipun jatuh bankrupt, lalu terbaca blog anasir-anasir yang bercakap keuntungan mudah bila bekerja di Ladang Australia, saya berharap sangat beliau terbaca blog saya ini. Jika anda seangkatan dengan Rosmah pada masa tu, saya nasitkan, baik jangan datang bekerja disini. 

"...Harry, saya dulu bukan orang sebarangan tau... (dalam hati aku, ada aku kesah!, hihihi)..."

Sangat sarkastik bukan? tapi itulah hakikatnya... terlalu banyak yang datang kesini berangan melebih-lebih daripada kemampuan mereka. Mereka yang seperti ini akhirnya akan kembali ke Malaysia lalu menjalani kehidupan yang sama seperti dahulu. Apa yang berbeza? hanya mekanisme dan kaedah survival yang sedikit lain daripada kehidupan yang sebelumnya. Masalah kewangan? masih tidak selesai, tidak boleh berjimat, tersepit lalu hidup sekadar cukup-cukup makan sahaja. Ini bukanlah hayalan saya, tetapi kenyataan kenalan yang saya temui sebelum ini.

Untuk bekerja Di Ladang Australia, anda perlu memiliki mindset dan menerima keadaan seperti ini:

  1. Maruah anda berada dikasta paling bawah dalam masyarakat. Bila bekerja disini, anda perlu menerima hakikat bahawa anda akan dihina oleh sesiapa sahaja. Disini, tidak ada satu orang pun yang akan memandang taraf pendidikan anda, dahulunya anda bekerja sebagai apa, anda keturunan kepada jutawan ke, mak ayah anda orang kaya ke, anda pemilik kepada negara Malaysia ke.... semua itu tidak ada sesiapa pun yang nak tahu. Apa yang dipandang? anda rajin bekerja ke tak, tidak mudah putus asa ke tak, rendah diri dan tahu bersosial, dan tidak menyusahkan atau menjejaskan hidup orang lain.
  2. Bersedia untuk belajar perkara yang baru. Mungkin dahulunya anda adalah majikan dan sudah terbiasa mengarah orang lain berbuat sesuatu untuk anda. Siapa kesah samada anda seorang majikan yang baik ke tak? lalu anda merasakan anda perlu dilayan dengan baik? Bilamana anda berada disini, anda adalah KULI BATAK. Jadi terimahlah jika anda diarahkan oleh majikan baru pula. Jangan asik merasakan diri anda betul dan orang lain salah. Jahanam hidup anda nanti.
  3. Tidak ada beza Tua atau Muda. Disini tidak ada sesiapa pun yang memandang usia. Mungkin sudah menjadi kebiasaan budaya orang Malaysia, hormat kepada orang Tua. Lalu konsep hormat menghormati ini disalah ertikan dengan memandang usia adalah ukuran "TUA" tersebut. Mudah bicara, "TUA" disini, orang akan ertikan sebagai yang "lebih berpengalaman". Pengalaman adalah ukuran setiap orang yang berkerja disini.
  4. Jangan terlalu Judgmental. Saya jamin, bagi setiap orang yang sudah berada lebih daripada setahun duduk di Ladang Australia ini, kata orang mereka ini sudah "putus wayar". Bukan kurang siuman, tetapi mereka ini adalah orang yang sudah menerima konsep bahawa "tidak ada satupun perkara yang boleh dijamin hasilnya disini". Jangan terlalu mudah menghukum seseorang jika anda tidak kenal dengan bertanya direct dengan mereka. Jika anda tidak duduk bersama-sama dengan mereka lebih daripada setahun, maka semua identiti pasal mereka itu mungkin juga adalah satu bentuk lakonan dan tidak ada satu pun yang betul, juga tidak ada yang salah. Pelik bukan? tapi itulah hakikatnya hidup sebagai pekerja Ladang di Australia. Saya yakin ramai daripada mereka ini adalah orang yang hebat satu masa dahulu di Malaysia, tetapi kehidupan disini menjadikan mereka orang yang sangat berbeza daripada diri mereka yang asal. Maka, mudah bicara, jangan mudah judge seseorang yang anda kenali disini.
  5. Bersedia untuk berbincang dan berpegang pada janji. Terlalu banyak mengadu bahawa mereka ditipu oleh kontraktor ataupun agen bilamana mereka bekerja disini. Soalan saya kepada anda mudah sahaja, ADAKAH ANDA SEORANG YANG MUDAH DIBAWA BERBINCANG DAN BERPEGANG PADA JANJI? Ingat, walau apapun agama yang anda anuti, HUKUM KARMA itu pasti. Cuma masa sahaja, lambat ataupun cepat. Jadi terimalah ia sebagai learning proses. Disini TRUST itu kunci kejayaan, once its broken, nobody gonna trust you at all.
Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya fikirkan untuk para pembaca. Mungkin selepas ini ada lagi beberapa perkara yang boleh kita kongsikan bersama. Moga penulisan ini mampu membuka minda anda semua. Thanks All.

Harry Jayne

No comments:

Post a Comment