Wednesday, August 12, 2015

Oh Darwin...Mangga atau Mango?

Memainkan peranan sebagai kawasan beriklim semi-tropika, utara NT, WA mahupun QLD adalah hub penghasilan buah mangga yang terbesar di Australia. Pisang dan Nenas juga banyak dihasilkan disini. Minggu ini adalah minggu yang keempat saya bekerja di ladang manga di salah satu kawasan popular di Darwin, NT. Tempat ini tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Kalau Malaysia merupakan negara panas dan lembap sepanjang tahun, tetapi Darwin terbahagi kepada dua season, iaitu panas dan kering (July -Dec), dan panas dan lembap (Jan - June). Yang penting, ia tetap kawasan yang beriklim panas... lol. Bagi mereka yang berangan nak main-main salji, Darwin bukanlah tempatnya.




Buat masa sekarang, sudah ada tempat yang mula 'picking'. Biasanya, mangga jenis ini adalah baka yang diambil daripada kawasan iklim katulistiwa seperti Thailand, India, dan Filipina (tak tahu la kenapa Malaysia tak termasuk dalam carta baka mangga mereka..). Tetapi di ladang tempat saya bekerja sekarang, mangga yang ada ialah baka yang dihasilkan di Australia sendiri seperti Kensington Pride (KP),  R2E2, Keitt, Clypso, dan Honey Gold. Mangga jenis ini biasanya akan dipetik pada awal bulan September minggu kedua atau ketiga setiap tahun.



Berkenaan kos sara hidup pula, disini agak mahal sedikit berbanding Victoria. Perbezaan harga barang boleh mencecah 30% daripada harga biasa yang anda belanjakan di Mildura misalnya. Tidak ada pengangkutan awam selain teksi, bus ada, itupun berjadual yang agak senggang jarak masanya, perlu menunggu sehingga 2 jam untuk sekali perjalanan. Jarak daripada satu tempat ke tempat yang lain, contohnya tempat tinggal/ladang ke Pekan, paling singkat mengambil masa memandu selama lebih kuirang 2 jam. Maka 'living cost' anda disini relatifnya tinggi daripada biasa.



Bekerja di Australia ini, tidak ada fokus lain selain KUMPUL DUIT sebanyak mana yang mampu kita usahakan. Oleh itu, BERJIMAT adalah mekanisme yang wajib untuk kita laksanakan disini. Beberapa tips, yang mungkin bermanfaat untuk saya kongsikan dalam penulisan ini ialah:

  1. SHARP!!! time management tu kena sharp. Disebabkan kerja petik mangga disini berasaskan hourly, so no excuse to be late... habis kerja tepat pada masanya. Pekerja di Malaysia terutamanya Gov Servant, memang bermasalah teruk dengan masa... itulah hasil pendidikan yang paling cemerlang telah dilakukan oleh sistem pendidikan kita di Malaysia. Bilamana anda sudah bekerja disini, perkara yang utama sekali anda boleh lihat perbezaannya antara kita (kuli) dengan Farmer/Manager/Supervisor/Kontraktor Australian (owner/bos kita) disini ialah MASA. Pengurusan masa mereka disini superb... sebab itulah, bila mereka bertembung dengan pencuri-pencuri masa ini, mereka sangat-sangat marah.
  2. Beli bekalan makanan dalam tin atau ayam dan daging jenama coles/woolworth untuk bekalan 2 minggu sekali. Atau kalau boleh terus sebulan sekali. Ni, kalau dua tiga hari sekali ke bandar atau nak makan benda-benda yang berjenama sahaja.... baik jangan datang bekerja di Darwin ni. Tak pasal-pasal duit gaji anda habis di atas jalan raya jer...
  3. Makan makanan yang tinggi glukosa dan karbohidrat, Maggi tidak akan membantu anda bekerja dengan lebih rajin dan bertenaga. Ingat, untuk hasilkan duit anda perlu rajin bekerja. Kalau asik lembik jer kat dalam ladang, diberhentikan atau diberi cuti rehat itu adalah perkara biasa. Beras disini lagi murah daripada Malaysia, jadi rajin-rajinkanlah diri memasak ye...
  4. Kredit telefon digunakan untuk kes-kes emergency sahaja. Kalau anda jenis yang suka bergayut 24 jam, baik anda duduk diam jer kat Malaysia.
  5. Bekerja di ladang Mangga akan berlangsung selama 7 ke 8 minggu sahaja. Selepas itu, mejoriti akan bergerak ke arah selatan Australia. Group saya, macam biasa akan bergerak ke Emerald, Queensland untuk season Picking anggur jenis Menindee. Jadi, apa salahnya jika anda berkorban sedikit untuk tidak berbelanja banyak, berjalan-jalan membeli belah, serta mencatu cara pemakanan anda disini. Mungkin bagi perokok tegar, anda bole melatih diri disini untuk kurangkan atau berhenti terus daripada merokok.

Setakat itu sahaja yang boleh kongsikan kepada para pembaca. Jumpa di artikel yang akan datang nanti. Sekiranya ada sebarang pertanyaan (benda@persoalan yang saya tidak jelaskan di dalam blog ini), boleh emailkan kepada saya di harry.jayneoz@gmail.com..... 

u/p : saya tidak akan balas email atau mesej anda sekiranya bertanyakan benda-benda yang saya sudahpun jelaskan di blog ini. Oleh itu, pastikan anda membaca dahulu setiap entri di dalam blog ini baru bertanya ye... thanks.

No comments:

Post a Comment