0. Siapa Saya?
Saya adalah pekerja ladang anggur di Mildura. Bekerja selama 2 tahun disini dengan 3 orang kontraktor dan farm yang berbeza-beza. Idea untuk menulis blog ini lahir daripada kontraktor di tempat saya bekerja. Beliau adalah Vietnamese berstatus PR di sini. Beliau inginkan ramai pekerja, dan mencadangkan saya untuk membawa kenalan saya di Malaysia untuk bekerja disini. Beliau merupakan kontraktor yang stabil dan berkecimpung selama lebih 10 tahun di ladang yang sama. Hasil perbincangan saya bersama beliau, beliau bersetuju untuk menjadikan saya sebagai konsultant pekerjaan beliau disini untuk orang-orang Di Malaysia. Sebab beliau juga membuat mekanisme yang sama untuk orang-orang vietnam. Beliau memerlukan orang yang celik IT memandangkan beliau lahir dizaman yang jauh bezanya dengan kita semua. Oleh itu, disebabkan beliau mempercayai saya, maka beliau meminta saya membuat blog ini untuk orang Malaysia. Maka saya menggelar diri saya sebagai Konsultant Pekerjaan anda disini.
Ada Fees? Kenapa?
Ada, Aud$300.00 seorang.
Disini masa itu adalah duit. Masa yang saya luangkan bersama anda, menjawab email, menghantar mesej, menyambut anda bila sampai nanti, berurusan dengan kontraktor dan mengaturkan keperluan anda disini memerlukan kos juga. Maka, kita kena wujudkan win-win situation. Saya guide anda, anda bayar saya.
Mekanisme bayaran?
Setelah perkara (i) ke (v) seperti dibawah berlaku, baru anda membuat bayaran kepada saya.
i). Saya akan mengaturkan jadual perjalanan anda kesini
ii). Saya akan mengaturkan penempatan dan pengangkutan anda disini
iii). Saya akan guide keperluan anda, Do & Don'ts disini
iv). Memberikan anda kerja disini. Kerja yang saya berikan tidak mengikat anda. Tiada sebarang kontrak untuk memaksa anda terus bekerja dengan kami. Bila-bila masa anda boleh pergi. Kebebasan hak masing-masing.
v). Jaminan kerja dalam satu season sahaja. Contoh kami jamin ada pekerjaan untuk anda semasa season picking berlansung selama 6 bulan. Selepas itu, season rolling, pulling dan prunning bermula. Season ni berlansung selama 3 bulan sahaja dan gap sebelum season ini bermula antara season picking ialah 2 minggu. Masa itu, semua orang tidak bekerja. Sekiranya anda ingin pergi ke tempat lain, tiada masalah. Yang penting urusan anda dengan saya sudah selesai.
1. Apakah jenis-jenis kerja yang ditawarkan di Ladang Anggur?
*Jenis kerja yang paling utama di ladang Anggur ini ialah Picking. Picking Table Grape berlansung selama 6 bulan, dibayar secara kontrak. Picking Dried Fruit berlansung selama 4 bulan sahaja, dibayar secara hourly. Biasanya selepas picking Dried Fruit ni, orang akan cenderung ke ladang strawberry. Sebab tu, semasa picking, saya lebih suka Table Grape. Awal bulan June, picking Table grape akan berakhir. Pada masa tu, Prunning untuk Dried Fruit sudah bermula. Selepas 2 minggu, rolling untuk semua jenis grape akan berlangsung. Kerja ini akan dilakukan selama 2 bulan. Minggu kedua bulan August, kerja akan beralih kepada Wineries pula, min prune. Ia berakhir pada bulan September. Mungkin selama 2 minggu bercuti. Selepas itu, sudah boleh berpindah ke Quensland untuk buat picking Table Grape di sana pula. Kepada yang ingin stay, dan tidak ingin berpindah ke Quensland, anda masih ada kerja seperti Plucking, Suckering, Bunch Trimming, Leaves Plucking, dan Covering sehingga pertengahan bulan December. Tetapi sekitar bulan 8 ke bulan 10, masa tu kebanyakan kerja di ladang Anggur akan berkurangan dan kadang-kadang tidak ada kerja langsung. Oleh itu, kebanyakan pickers akan bekerja di ladang Citrus.
2. Banyak ke Ladang di Mildura tu? Selain Anggur, apa lagi ladang yang ada?
*Mildura ni berstatus daerah yang memiliki pusat bandarnya sendiri. Terdapat lebih kurang 12 pekan di bawah naungannya, termasuklah Robinvale. Perjalanan daripada satu pekan ke pekan yang lain secara puratany mengambil masa selama satu jam, itu yang paling singkat rasanya. Mildura terkenal dengan Perladangan Anggur dan Citrus (Buah Oren, Limau, Lemon, dan Mandrin). Terdapat juga ladang sayur-sayuran dan Olive, tetapi berskala kecil sahaja. Jumlah ladang yang ada, saya tidak pasti. Kalau ditanya berapa luas ladang di tempat saya bekerja sekarang, saya pernah bertanya kepada owner ladang, ia seluas 5000 ekar untuk Wineries, 3000 ekar untuk Dried Fruit, dan 1000 ekar untuk Table Grape.
3. Kaedah bayaran gaji?
Samada anda bekerja secara kontrak atau Hourly, anda lakan dibayar secara tunai setiap minggu.
*Kontrak : Bayaran berdasarkan bilangan box atau vine atau row yang kita boleh lakukan dalam sehari. Contoh, semasa picking anda berjaya menghasilkan 50 box sehari, jika 1 box berharga $2.50, maka gaji anda pada hari tersebut ialah $125.00.
*Hourly : Bayaran berdasarkan bilangan jam bekerja dalam sehari. Biasanya sehari dibayar paling rendah $13.00 sejam. Min sehari bekerja selama 6 jam. Max 10 jam, bergantung kepada keperluan ladang.
4. Tempat tinggal dan pengangkutan?
Tempat tinggal ada beberapa jenis dan ia mengikut keadaan rumah dan kedudukannya. Macam tempat saya duduk sekarang, Farm House. Seminggu $70.00 sahaja. Tidak jauh daripada bandar Mildura. Kawan-kawan yang lain, ada yang duduk di Caravan dan ada juga duduk dalam Single House. Berikut adalah taburan harga rumah yang pernah saya survey:
*Farm House : Owner ladang sediakan, sewa sekitar $30.00 ke $70.00 seminggu untuk seorang.
*Caravan : Setiap pekan atau bandar ada caravan park, sewa sekitar $60.00 ke $100.00 seminggu untuk seorang.
*Single House : Dalam taman perumahan, dekat dengan bandar atau pekan. Sewa sekitar $70.00 ke 90.00 seminggu untuk seorang.
Untuk pengangkutan, kontraktor akan sediakan. Sehari sekitar $5.00 ke $7.00 sorang, bergantung kepada kedudukan rumah dengan ladang tempat anda bekerja.
5. Bagaimana dengan Visa?
A. Untuk memasuki Australia, anda kena ada valid visa. Biasanya Visa ni dikenali sebagai Subtentive Visa. Jenis Subtentive visa yang biasa digunakan ialah Holiday VisaETA, Working Holiday, Student Visa, dan Skill Visa.
B. ETA, adalah subtentive visa yang digunakan untuk melancong sahaja. Jangka hayat visa ini adalah setahun. Tetapi, bilamana anda sudah memasuki Australia, anda hanya boleh berada di dalam negara tersebut selama 3 bulan sahaja. Jika lebih, anda akan berstatus overstay. Sekiranya sehari sebelum tempoh 3 bulan tersebut berakhir, anda sudah meninggalkan Australia, anda tidak akan diblacklist sebagai overstay, cuma anda kena memberi alasan yang kukuh kenapa anda duduk agak lama sedangkan anda sebenarnya berstatus pelancong sahaja. Dengan menggunakan visa yang sama, anda masih boleh memasuki Australia untuk kali kedua, cuma anda kena pastikan jangka hayat visa tersebut tidak lebih daripada setahun. Jika lebih, anda kena membuat permohonan baharu.
C. Working Holiday Visa pula, adalah visa yang ditawarkan kepada pemohon yang ingin bekerja sambil bercuti di Australia. Jangka hayat visa ini adalah selama 2 tahun. Kalau tak silap saya, di Malaysia ia limited kepada 200 orang sahaja setahun. Dengan visa ini, anda akan diberikan Tax File Number (TFN) yang membolehkan anda bekerja selama 6 bulan sahaja. Selepas itu, anda kena melancong dan perlu memperbaharui visa tersebut. Kebanyakan backpackers yang saya jumpa, untuk proses ini, mereka akan bekerja di ladang agar kontraktor yang berdaftar dengan kerajaan Autralia menurunkan tandatangan mereka sebagai simbolik jaminan bahawa visa mereka layak untuk diperbaharui, ia dipanggil sebagai 2nd Year Visa. So, mereka kena bekerja selama 90 hari bekerja penuh, tidak termasuk cuti di ladang. Sebab itu, banyak backpackers bekerja di ladang semata-mata untuk mendapatkan 2nd Year Visa mereka tersebut. Kerana, pekerja yang memiliki TFN akan dibayar hourly sebanyak 21 ke 23 dolar sejam.
D. Student Visa, ialah visa yang ditawarkan kepada Orang luar yang belajar disini. Mereka boleh bekerja, tetapi limited hour. Seminggu maksimum 20 jam. Mereka dibayar sama seperti Working Holiday Visa holders.
E. Skill Visa adalah visa yang ditawarkan kepada orang luar yang ingin menyumbang kepakaran yang mereka ada di negara ini. Mereka juga dibayar lebih kurang sama dengan Working Holiday Visa holders.
Dalam kes kebanyakan pickers daripada Malaysia ni, mereka menggunakan ETA (Holiday) visa untuk membolehkan mereka memasuki Australia kerana visa ini adalah yang paling murah dan mudah diperolehi. Hanya RM20.00 sahaja untuk seorang. Visa ini boleh dibeli dengan mana-mana Travel Agent yang berdaftar. Selesai sahaja mereka melepasi sempadan imegresen Australia, mereka boleh bergerak bebas selama 3 bulan sahaja, lebih daripada itu, overstay.
6. Masalah yang anda hadapi bilamana dah Overstay?
*Status : anda berstatus sebagai pendatang tanpa izin.
*Sosial Life : pergerakan anda terbatas, diburu polis dan imegresen. Bila ada rush, kena pandai-pandai survive.
7. Berapa kos untuk bekerja di Australia?
Saya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat untuk soalan ini. Saya hanya boleh memberikan anda anggaran sahaja. Contohnya untuk seorang:
Ground cost (duit minyak, top up dan lain-lain semasa anda di Malaysia)
i. Visa Melancong ETA : RM 20.00 (beli kat Travel Agent yang berdaftar)
ii. Minyak & Top Up : RM 100.00
iii. Beli barang-barang keperluan lain untuk dibawa kesini : RM 150.00
Tiket
i. Flight (return) : RM 1600.00
ii. Penginapan budget : RM150.00
iii. Airport ke City (Melbourne) : RM50.00
iv. Train ke Mildura : RM 150.00
Kos Lain-lain
i. Consultancy charge : RM 900.00
ii. Duit makan minum : RM 200.00
Duit Poket kat sini nanti = RM1000.00
Total Kos = Ground + Tiket + Lain-lain = RM 4 320.00
Di atas, adalah jumlah kasar, mungkin kurang, mungkin juga bertambah. Oleh itu, saranan saya, anda sediakan lebih sedikit lebih baik daripada kurang. Mana tahu ada kes2 emergency. Untuk selamat, anda sediakan duit sebanyak RM 4 500.00 @ AUD 1 500.00 seorang.
8. Berapa jumlah pendapatan dalam satu season kerja berlansung?
Contoh Picking Season selama 6 bulan (Jan - June) untuk new pickers
Sebulan 4 minggu, 6 bulan bersamaan 24 minggu.
Purata pendapatan = $500.00 x 24 minggu = $12 000.00
Tolak sewa rumah ($70.00 seminggu), Makan minum ($50.00 seminggu), Transport ($35.00 seminggu), lain-lain ($50.00 seminggu)
= $500.00 - $70.00 - $50.00 - $35.00 - $50.00
= $295.00 seminggu @ RM885.00 seminggu.
So,
Dalam satu season picking, anda boleh mengumpul pendapatan bersih sebanyak
=>>> $295.00 x 24 minggu = $7 080.00 @ RM 21 240.00
****nasihat saya, sekiranya di malaysia anda boleh mendapat jumlah bersih seperti di atas, maka jangan sesekali datang untuk mencuba bekerja disini. Kerana, jumlah diatas adalah hasil banting tulang 4 kerat anda selama 6 bulan. Modus operandi pekerjaan disini mudah, bangun seawal 7.00 pagi, balik kerja sebelum 6.00 petang dan kena bekerja bagai nak mampus beratnya. So, fikir fikirkanlah. Kepada mereka yang sudah biasa bekerja berat, saya alu-alukan anda untuk bekerja disini sebab berdasarkan pengalaman saya, orang yang seperti anda memang buat duit yang amat dahsyat disini. Kawan saya, seorang bekas nelayan berjaya menghasilkan pendapatan bersih sebanyak 2 kaliganda daripada jumlah di atas.
9. Bagaimana Nak Apply?
9. Bagaimana Nak Apply?
>>> Saya tahu kenapa banyak orang bertanyakan soalan ini. Bagi saya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap blog2 yang juga menawarkan kerja disini, mereka siap letak bagaimana nak apply. Siap mintak fotostate ic la bagai... Macam leceh. Walhal bekerja kat ladang jer pun, tu pun akan berstatus illegal nanti. Propa jer semua ni kan...hahhaha.
>>> Bagi saya, cukup saya beritahu anda akan MEKANISME nak menjayakan anda bekerja disini
1. Emailkan/mesej detail anda kepada saya. Seperti nama, no ic, no fon, dan asal mna.
2. Bagitahu saya bila anda nak mula bekerja disini. So, kita boleh bincangkan tarikh flight anda nanti. Kita survey tiket flight, then setkan tarikh tetap nak terbangnya bila. Beli tiket dahulu, then kita setup yang seterusnya. PLEASE bagi saya copy tiket yang anda berjaya beli nanti. Ia memudahkan urusan saya disini. saya kena pastikan anda sudah komit untuk datang kesini, so saya akan setupkan transport dan umah kat sini nanti.
3. Urus passport dan visa setelah beli tiket. Pastikan urusan ini 2 minggu lebih awal daripada tarikh penerbangan anda kesini. Sebab
i. Bagi orang sabah sarawak yang menguruskan passport di S/Mas, proses nak siapkan passport adalah seminggu.
ii. Bagi orang S/Mas, cuma 3 jam paling cepat atau sehari paling lewat prosesnya. So kalau kes ni, boleh la urus passport seminggu lebih awal daripada tarikh flight.
iii. Kalau yang dah ada passport, pastikan passport anda hidup selama 2 tahun keatas. Kalau kurang, untuk memudahkan urusan anda disini, baik renew passport kepada 5 tahun terus. Perkara ini adalah untuk, kemungkinan anda berpeluang untuk apply visa bekerja disini nanti. Untuk ini, saya akan explain dengan lebih lanjut dalam entri penulisan saya yang lain. Anda susah nak bergerak bilamana passport anda mati nanti. Ingat passport berbeza dengan visa ok.
4. Tiba tarikh flight tiba nanti, kami akan berada di bandar tempat anda turun. Kami akan sambut anda di pusat bandar tersebut. Mendarat sahaja dan selesai urusan anda dengan border immi, anda akan dilepaskan. Masa tersebut, anda boleh terus beli simkad baru, ada dijual kat airport tu. Sehari Sebelum naik flight drp malaysia tu PLEASE call saya. Saya akan explain pasal simkad ni nanti.
5. Bila kita dah bertemu nanti, that is next step yang perlu anda buat. I will guide u ok... Heheh. SELESAI mcm mna nak apply.
10. Terms & Conditions?
1. Cukup Bajet. Rujuk soalan nombor 7 di atas. Untuk selamat, anda sediakan duit sebanyak
RM 4 500.00 @ AUD 1 500.00 seorang.
2. Rakyat Malaysia, lelaki atau perempuan (yang kekeliruan gender pun boleh, no hal...) berusia 18-40 tahun.
3. Memegang passport antarabangsa yang masih valid. Kalau boleh amik yang 5 tahun punya ye....RM200.00 jer pun. Kalau takde bajet, buat yang 3 tahun pun jadilah... Yang penting ada.
4. Tanpa sebarang rekod jenayah berat. Kalau jenayah yang ringan2 jer tu tak apa kot... Setakat mencuri ayam jiram rumah sebelah lepas tu kena tangkap polis, rilex jer... Pasti boleh lepas imegresen punya...heheheh
5. Sihat tubuh badan, waras dan bukan gila atau tiga suku atau lupa ingatan. Ada yang saya jumpa orang macam ni disini, so please jangan apply ngan saya kalau anda sedemikian rupa.
6. Tidak berangan nak cepat kaya, atau berasal daripada keluarga yang kaya, takut nanti kat sini asik nak berlagak jer... Seolah-olah dia tu anak kepada rosmah dan najib pula, lepas tu kawan ngan Leonardo Dicaprio, tak pasal2 buat filem hollywood pula kat sini, alahai~ pening.
7. Kuat semangat dan rajin bekerja. Kalau setakat bekerja berat sikit dah sakit badan, dan2 siap cuti dua tiga hari lagi, baik tak yah datang. Sebab hanya orang yang bekerja selama 7 hari seminggu jer yng boleh buat duit disini.
8. Visa, kalau nak mudah ambil yang visa melancong jer... RM20.00 sorang. Beli kat Travel Agent yang berdaftar dengan Kementrian Pelancongan Malaysia. Kalau setakat kenalan2 yang suka jalan2, kononya buat business pelancongan tapi bukan ahli MATTA dan IATA, tak ada lesen pelancongan pun, memang tak akan dapat harga ni. Please jumpa Travel Agent yang betul k...
9. ATTITUDE. Be nice with everybody. Jangan suka cari pasal, sikit2 nak tumbuk, sikit2 nak melenting, sikit2 mencanak. Susah nak survive org macam ni, last2 dipulaukan oleh orang. Dah tak tahan, balik Malaysia, kan dah susah mcm tu. Belajar untuk berdiplomasi dengan orang lain. Kalau tidak boleh ubah, cuba fikir 100 kali untuk pasang niat nak datang bekerja disini.
Regards,
HarryOZ