Dalam tiga minggu lagi, kerja-kerja di ladang wineries ni akan berkurangan. Kebiasannya, bila sudah tiba masa seperti ini, kerja-kerja tidak giat dilakukan. Dalam seminggu 2 ke 3 hari cuti. Oleh itu, saya perlu menyediakan langkah kerja yang seterusnya sebelum musim picking anggur bermula di awal bulan Januari tahun hadapan. Berikut merupakan jadual yang saya kongsikan bersama pembaca kerja-kerja yang sudah confirm ada. Saya senaraikan sedemikian agar memudahkan anda membuat keputusan bila masa terbaik bagi anda untuk datang kesini.
Peluang Kerja yang available bermula Sep 2014 hingga June 2015
Berdasarkan jadual di atas, kini kerja yang saya lakukan ialah min prune. Tinggal seminggu sahaja lagi. Dua minggu seterusnya, dijangka sehingga 25 September 2014 kerja-kerja planting akan berjalan. Bayaran secara hourly. Saya tidak gemar kerja ni, terlalu memenatkan. Oleh itu, pada 15hb ni, saya akan bekerja di ladang Stone Fruit untuk kerja-kerja thinning. Kerja ini dijangka selesai akhir bulan 11. Selepas itu kerja picking akan bermula sehingga bulan March tahun hadapan. Bayaran untuk kerja ni juga secara hourly ($13.00 sejam). Berdasarkan pengalaman pada tahun lepas, bagi saya kerja-kerja di ladang Stone Fruit lebih mudah berbanding kerja planting new vines untuk wineries. So lebih baik buat Stone Fruit. Saya tidak akan memilih garlic, kerana saya tidak suka kerja-kerja di ladang sayur (vege). Sebab vege lebih kerap menunduk dan jalan itik, sangat payah bagi orang yang tinggi seperti saya. Picking grape di Quensland akan saya pilih sekiranya di Mildura ni sudah tidak ada kerja langsung. Tahun ni nampaknya banyak lubang kerja yang saya temui di Mikdura, so Quensland put as a backup plan.
Dua orang daripada kawan saya sekarang sedang bekerja di ladang Mandrin. Mereka tidak memilih ladang wineries kerana mereka lebih gemar Mandrin berbanding wineries. Tapi, pada 15hb ni mereka juga ingin bekerja di ladang Stone Fruit nanti. Campur mereka, kini sudah 9 orang yang akan bekerja bersama-sama saya nanti. Group semakin berkembang nanti. Ni gambar limau mandrin yang mereka pick hari ni (dibawah). Sebin $55.00 sahaja. Macam rendah sangat, setahu saya $70.00 sebin harga pasaran pickers di Mildura ni. Mereka buat kat Robinvale. Hurrrmmmm.... Sehari pendapatan mereka dalam 60 ke 70 dolar sahaja.
Biasanya musim picking grape akan menjadi lebih sibuk di akhir bulan Februari. So, mulai tahun hadapan, saya akan mula bekerja di ladang Anggur untuk pick table grape di awal bulan Februari ke bulan June nanti. Kira saya akan bekerja hourly ($13.00 sejam, 8 ke 9 jam sehari, 7 hari bekerja) di ladang Stone Fruit mulai 20 September 2014 ke mid Februari 2015 dan mulakan picking table grape selepas itu sehingga awal bulan June 2015 nanti.
Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca semua. Dibawah ini, saya kongsikan gambar ladang wineries yang saya buat min prune tadi. Gembira bila dah siap. Hari ni dapat gaji sebanyak $158.00 sahaja.... Syukur la tu kan.... Hehhehe.
Thanks,
Harry +61 488 965 035 (harry.jayneoz@gmail.com)