Thursday, October 22, 2015

Analisis Pekerjaan Terkini : Dari Ladang Mangga ke Ladang Anggur Semula

Pekerjaan di ladang mangga sudahpun ke penghujungnya. Kini, kerja yang paling menyeronokkan bagi saya ialah petik anggur akan bermula dalam seminggu sahaja lagi....hehehhe

Cleaning Machine, Wrap-up event
Buah terakhir dipetik, jenis Clypso

Perjalanan daripada Darwin NT ke Emerald QLD membina seribu satu memori. First time memandu merentas NT ke QLD. Tiga hari baru sampai. hahahhaha.... sungguh panjang perjalanan. Kerja di ladang mangga ini, secara keseluruhannya bagi saya adalah kerja yang amat membosankan. Mungkin sebab saya tidak suka bekerja dalam mode hourly, maka saya mudah terasa bosan. Tetapi, kerja ini saya lihat amat digemari oleh newbie, apatah lagi jenis yang suka mengelat dan bermalas-malas. Tetapi malangnya, orang seperti ini amat mudah untuk dibuang kerja ataupun di-'rotate'... ada juga newbie yang sangat baik, mereka menggunakan peluang sepenuhnya untuk membina trust dan good performance kepada majikan, dan mereka tidak pernah tidak ada kerja sepanjang saya berada di Darwin.

Nak dijadikan cerita, Darwin menjadi tumpuan immi kini. Masih terdapat ladang yang memerlukan pekerja, tetapi bukan dalam jumlah yang banyak, apatah lagi pekerja illegal. Setakat yang saya ketahui, sudah 29 orang yang tertangkap di Darwin, dan ada di antaranya kenalan saya. Akibat tidak ingin menanggung kerugian yang lebih besar, farmer terpaksa membuang beberapa pekerja illegal atau me-rotate kerja mereka. Terlalu berisiko, tetapi itulah hakikatnya.

First crop, early sweet
Buah selepas leaf-plucking

Kini, picking season di Emerald sudah hampir bermula. Sempat saya membuat kerja leaf-plucking selama dua minggu disini. Daripada pemerhatian saya, buah pada tahun ini tidaklah serimbun tahun lepas. Mungkin untuk menghasilkan satu kotak anggur seberat 10kg, saya perlukan tiga atau empat pokok anggur. Tahun lepas, sepokok anggur boleh menghasilkan dua kotak. Lihat, betapa tidak menggalakkan penuaian buah anggur pada tahun ini. Individu yang ingin memetik anggur disini, perlu memiliki semangat yang tinggi serta expectation yang rendah. Mungkin tahun lalu lumayan, tetapi tahun ini boleh jadi pendapatan berkurang sebanyak 30%, dan ini tidak mustahil berlaku kerana buah tidak banyak untuk dituai.

Tahun ini juga, bilangan pemetik anggur berkurang sebanyak 50% daripada tahun yang sebelumnya. Season ini dijangka akan berakhir sebelum Christmas. Maknanya kurang daripada 8 minggu. Oleh itu, pastikan anda adalah peminat kepada anggur baru anda membuat keputusan untuk kesini, jika tidak, saya mencadangkan untuk anda mencuba pekerjaan di ladang lain.

Regards,

Harry Jayne

3 comments:

  1. Alhamdulillah...terjawab..masih kuat utk ke sana utk mencari rezeki halal

    ReplyDelete
  2. Capikstream.. alhamdulillah pandai pun carik rezeki yg halal.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. kalau passport hilang ,visa takde mcm mana?

    ReplyDelete