Thursday, September 17, 2015

Rezki & Nasib, Mungkin Juga Karma

Hari ini, September 17 tahun 2015.... saya masih lagi berada di Darwin, Outback of Australia. Job saya di farm mangga kawasan A (maaf, perlu dirahsiakan demi keselamatn katanya) sudahpun selesai. Esok, saya akan bergerak ke farm kawasan B pula, owner yang sama... kali ini, saya akan bekerja di ladang utama beliau. Saya dimaklumkan terdapat 300 000 pokok mangga disana. OMG sangat... harap-harap saya mampu laksanakan tugasan saya dengan baik disana pula.

Untuk makluman semua readers, maaf jika anda gagal menghubungi saya di nombor telefon yang saya kongsikan di dalam blog ini. Saya masih menggunakan nombor telefon tersebut, cuma carrier Optus disini tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka saya terpaksa mengaktifkan carrier Telstra saya. Jika anda ingin berhubung dengan saya, sila emailkan no telefon anda di ruangan email saya disini: Gmail Harry.... dan PLEASE introduce diri anda ok... kalau tidak, saya memang tidak akan layan. Sorry..

Mesin dan Buah (R2E2) yang terakhir kami petik hari ini... hahhaha



Minggu lalu, saya menerima khabar terdapat 7 orang Malaysia dicekup oleh pihak immi disini. Salah seorang daripada mereka adalah individu yang baru sahaja saya kenali sehari sebelum beliau ditangkap. Tidak pasti apakah jenis perasaan yang perlu saya gambarkan berkenaan khabar buruk ini. Walau apapun, hanya tiga perkataan yang mampu saya katakan iaitu... rezeki & nasib,  boleh jadi juga karma. Ada orang yang mampu bertahan bertahun-tahun disini, namun ada juga yang cuba datang tetapi hanya sehari sahaja menjejakkan kaki disini, itupun terkandas di pintu pihak sempadan.

Di Australia ini, selaku perantau... peluang perkerjaan yang baik adalah merupakan satu bentuk rezeki bagi saya. Nasib, boleh jadi baik.. juga tidak mustahil nasib yang buruk berlaku, namun yang pastinya, nasib adalah sesuatu yang tidak mampu untuk kita jangka. Memang diluar akal pemikiran manusia. Ia boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja, tanpa diduga. TETAPI KARMA... adalah sesuatu yang pasti. Mampu dijangka dan mungkin boleh jadi lebih baik ataupun lebih buruk daripada perbuatan kita yang sebelumnya.

Maka nasihat kepada diri saya yang terutamanya... berusaha untuk berbuat baik dengan semua kenalan saya selagi mampu. Tetapi tidak bermaksud, berbaloi untuk berkawan dan membantu punca masalah dan individu yang always berfikiran negatif. Disebabkan saya adalah individu yang agak berkarekter pelik sedikit, maka saya sangat berhati-hati bila memilih kawan, kerana saya tahu... samaada saya yang tidak boleh menerima kelainannya, atau mereka yang akan terasa tidak selesa dengan karekter 'semak' saya...

sekadar hiasan

Kesimpulannya.. baik saya memilih terlebih dahulu siapa yang wajar berada disekitar saya... agar saya menjadi lebih positif dan saya mampu membantu sesiapa sahaja di-antara mereka yang layak menerima bantuan, begitu juga sebaliknya... Sekiranya, sesuatu yang baik ataupun buruk berlaku kepada diri kita, FIRST STEP.. lihat diri dan nilai setiap perbuatan kita sebelumnya... adakah kita layak menerima semua yang berlaku sekarang. Saya yakin, punca semua perkara yang berlaku terhadap diri kita ialah diri kita sendiri.

Harry Jayne


1 comment:

  1. terpulang kepada nasiblah............. tetapi kita mesti berbaik dan membantu kawan baru sini seperti buka bank a/c, cari rumah, cari kerja, share pengalaman dan apa harus berhati2, dan saya berbuat demikian sebelum kawan kenalan sini pulang, dia recommend saya ganti tempat kerja dia , gaji yg bagus dan stable , amat bersyukur

    ReplyDelete