Tuesday, July 19, 2016

Respon Dan Persepsi Percuma, Kurang Dihargai

Mungkin tajuk tulisan saya kali ini agak sinis, tetapi sepanjang saya memberi khidmat nasihat dan membantu newbie di Oz melalui blog ini, saya perhatikan ia kurang dihargai. Malah agresif jika tidak dilayan.


Saya yakin, kepada mereka yang sudah mendapat pertolongan daripada saya untuk bekerja disini, mereka sudah pasti sangat memahami istilah PERCUMA di atas. Daripada saya sendiri, semua perkara yang saya tulis di blog ini lebih kepada hobi dn bukannya sebagai sumber pendapatan.

Saya tidak tahu apa hasilnya kepada para pembaca, namun pada saya, hasil daripada penulisan blog ini menjadikan segala urusan hidup saya di Australia dipermudahkan. Sebab itu, saya sangat menghargai blog ini. Tidak lupa juga kepada para pembaca, saya sangat berbesar hati dan berterimah kasih kepada anda kerana sudi membaca blog saya ini. Komitmen anda terhadap blog ini sangat dihargai.

Sedikit perkongsian maklumat terkini;