Mungkin tajuk tulisan saya kali ini agak sinis, tetapi sepanjang saya memberi khidmat nasihat dan membantu newbie di Oz melalui blog ini, saya perhatikan ia kurang dihargai. Malah agresif jika tidak dilayan.
Saya yakin, kepada mereka yang sudah mendapat pertolongan daripada saya untuk bekerja disini, mereka sudah pasti sangat memahami istilah PERCUMA di atas. Daripada saya sendiri, semua perkara yang saya tulis di blog ini lebih kepada hobi dn bukannya sebagai sumber pendapatan.
Saya tidak tahu apa hasilnya kepada para pembaca, namun pada saya, hasil daripada penulisan blog ini menjadikan segala urusan hidup saya di Australia dipermudahkan. Sebab itu, saya sangat menghargai blog ini. Tidak lupa juga kepada para pembaca, saya sangat berbesar hati dan berterimah kasih kepada anda kerana sudi membaca blog saya ini. Komitmen anda terhadap blog ini sangat dihargai.
Sedikit perkongsian maklumat terkini;
Memandangkan di Australia sekarang adalah musim sejuk, mejoriti ladang tidak memerlukan pekerja yang ramai. Ladang seperti anggur, manga, avocado dan pelbagai jenis buah-buahan musim panas sedang bercuti sekarang. Manakala ladang buah-buahan sejuk seperti strawberi sangat memerlukan pekerja, tetapi bukan diawal musim sejuk bermula. Kebiasannya minggu kedua bulan ogos barulah kerja semakin rancak selama 4 minggu lagi, kemudian ia kembali normal dan semakin sedikit.
Di awal musim bunga (bermula September ke November), hampir semua tempat menawarkan kerja. Jadi tidak kesahlah anda ingin kemana, anda pasti akan dapat kerja. Tetapi sesuai atau tidak dengan persepsi anda, ia hanya dapat dikenalpasti melalui respon anda sendiri.
Buat masa ini, saya tidak lagi bekerja dalam sektor perladangan. Saya bekerja dalam sektor komersial buat sementara waktu. Bila musim memetik anggur bermula pada bulan September nanti, barulah saya bekerja di ladang semula. Sebagai pemetik anggur yang berpegalaman, bekerja di ladang lebih menguntungkan daripada kerja komersial yang saya lakukan sekarang, agak payah tetapi berbalio-baloi.
Walaubagaimanapun, jika anda memiliki sebarang pertanyaan daripada saya, silalah emailkan kepada saya atau mesej ke nombor yang tertera di dalam blog ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment