Definisi Visa
Visa ialah dokumen yang mewakili kebenaran oleh pihak immigration kepada pemohon untuk melepasi sempadan suatu negara asing samada secara sementara ataupun pada suatu tempoh masa yang tertentu. Namun kebenaran yang diberikan adalah bersifat subjektif aplikasinya ketika pemohon sudah berada pada situasi sebenar (lapangan sempadan). Maksudnya, bilamana pemohon sudah berada di sempadan negara yang ingin dikunjungi, kebenaran untuk melepasi sempadan tersebut bukan bergantung sepenuhnya seperti yang tertulis pada dokumen yang telah diberikan semasa memohon. Berjaya ataupun tidak pemohon melepasi sempadan negara tersebut akan diputuskan oleh pihak immigration yang sedang bertugas dilapangan sempadan. Jika pihak yang bertugas pada masa tersebut merasakan anda tidak layak untuk memasuki negara mereka, maka mereka memiliki kuasa penuh untuk membatalkan dokumen tersebut. Penilaian pihak bertugas adalah relatif terhadap regulasi undang-undang yang termaktub dalam negara mereka. Maka, fahaman dasarnya ialah, visa adalah dokumen kedua selepas passport yang bersifat mandatori yang membolehkan seseorang melepasi sempadan sesuatu negara demi menjaga dan menghormati daulat atau keselamatan negara yang dikunjungi.