Friday, August 28, 2015

Operasi Semakin Ketat




Keadaan lambakan pekerja asing daripada Malaysia tanpa permit kerja yang sah mungkin menjadi punca kenapa laporan seperti di atas ditulis. Insiden lambakan yang sudah saya  jangka dan perhatikan dua tahun lepas kini menjadi semakin serius.

Artikel tersebut ditulis oleh media SBS dalam ruangan 'comedy' kerana mekanisme pihak immi untuk mengatasi masalah lambakan PATI kali ini dikecam sebagai tindakan 'lawak jenaka' dan berbaur perkauman

Walauapapun persepsi yang timbul terhadap laporan ini, ia bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh oleh 'pelancong' Malaysia yang sudah berstatus 'overstay' disini. Bagi pihak saya, beberapa cadangan yang mungkin boleh kita pertimbangkan bersama iaitu:


  1. Yang sudah berada disini dan masih memiliki visa yang tidak tamat tempoh. Berjumpalah dengan mana-mana agen migrasi yang berdaftar (klik disini untuk mengetahui status agen yang anda temui) untuk khidmat nasihat. Biasanya mereka akan kenakan cas konsultasi sebanyak AUD 80.00 ke AUD 150.00 per jam. Cuba berbincang dengan mereka, bagaimana cara untuk mengatasi masalah anda.
  2. Yang sudah berada disini tetapi memegang visa yang sudah tamat tempoh. Boleh berbuat seperti dalam (1), ATAU kumpul duit sebanyak mana yang boleh. Dah mencapai target anda, jangan tunggu lama-lama disini, balik semula ke Malaysia adalah pilihan terbaik.
  3. Yang sudah berada disini tetapi passport dan visa anda sudah tamat tempoh. Boleh berbuat seperti dalam (2), tetapi sebelum tiba masa anda ingin pulang semula ke Malaysia, anda wajib menyelesaikan masalah passport anda yang sudah tamat tempoh. Pergi ke Jabatan Imigrasi utama untuk mendapatkan passport sementara anda. Tunjuk tiket pulang ke Malaysia untuk memudahkan urusan anda dengan mereka. Kos tidak melebih AUD 100.00 pun.
  4. Yang belum berada disini. Saya nasihatkan dengan sekeras-kerasnya, sekiranya anda jenis individu yang tidak sanggup menerima caci-maki dan cabaran bekerja sebagagai PATI, jangan datang kesini tanpa visa bekerja yang sah. Sila baca artikel saya disini (A) dan disini (B). Sekiranya ada agen anda yang cuba mempengaruhi anda bahawa anda boleh bekerja disini dengan visa sementara (bridging visa), utuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan visa sementara ini, anda bole baca artikel disini (C). Pastikan anda faham perkara pada (A), (B), dan (C) terlebih dahulu sebelum anda mengambil keputusan untuk datang bekerja disini.
Saya harap cadangan-cadagan di atas mampu untuk membuka minda para pembaca akan gambaran sebenar kehidupan sebagai PATI disini. 


Harry Jayne

4 comments:

  1. nasihat yg bagus, ada pilihan visa pelajar lagi utk mereka yg belum terlewat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sila buat research mcm mna nak buat visa pelajar... fulus kena standby ye

      Delete
    2. dapatkan local driving lesen dalam tiga bulan kalau terpaksa jadi 'gelap' , amat memanfaatkan utk apa apa saja urusan masa depan , sedihnya i sudah lewat dapat tahu maklumat ni, sekarang hanya dapat ajar kawan baru buat demikian

      Delete
  2. Adeh...lps baca blog awak mcm terbantut je niat nk ke sana dlm bulan ni..target nk duduk setahun

    ReplyDelete