Monday, August 24, 2015

Situasi Semasa Kerja Di Ladang Mangga Darwin : Realiti Part 1

Bekerja dengan mode Hourly adalah sasaran utama untuk setiap pekerja yang baru sahaja menjejakkan kaki di Australia ini. Newbie seperti ini akan diserbu dengan janji-janji dan ayat-ayat indah daripada setiap orang yang membawa mereka (ejen/kontraktor/sub-sub/manipulator) sebagai jaminan yang sangat subjektif sifatnya. Orang tengah seperti ini mejoritinya adalah jenis yang lebih mengutamakan komisyen atau income yang mereka akan perolehi hasil janji yang mereka sendiri pun tidak pasti akan kebenarannya. Kepada newbie yang terdesak, sudah tidak ada pilihan lain melainkan mengikuti mereka. Inilah situasi yang berlaku kepada newbie yang baru sahaja menjinak-jinakkan diri di ladang Mangga disini.

Taken on 25 August 2015

Kini, saya sudah menetap selama hampir 6 minggu di Darwin. Dapat saya perhatikan beberapa orang Malaysia sudahpun berada disini, dalam tiga group yang berbeza-beza. Hasil 'sembang-sembang' bersama mereka, saya dapati mereka sudahpun berada hampir sebulan disini. mereka datang kesini kerana :


  1. Group Pertama; Kerja strawberry di QLD tidak boleh buat duit, maka mereka bersama sub-kontraktor mereka datang ke Darwin untuk bekerja di ladang Mangga. Sementara mangga belum bermula, mereka terpaksa bekerja di ladang sayur terlebih dahulu. Mereka dijanjikan kerja Mangga akan bermula dalam pertengahan bulan lapan nanti. Group ini, sampai seminggu selepas saya bekerja disini.
  2. Group Kedua : Kerja anggur di Victoria sudah habis, kenalan mereka daripada Spingvale menjanjikan kerja di ladang Mangga akan bermula hujung bulan lapan ini. Siap bagi tarikh bekerja akan bermula pada 22 August 2015. Mereka perlu datang sebelum tarikh tersebut, kalau tidak, kerja tersebut akan diberikan kepada orang lain. Nak dijadikan cerita, mereka sampai seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijanjikan. Setibanya mereka disini, mereka dikenakan caj perkhidmatan sebanyak AUD 50.00 seorang.
  3. Group Ketiga : Telah bekerja dengan kontraktor yang sama tahun lepas. Sudah berada satu minggu disini. Mereka kena 'standby' sebab ladang Mangga mereka akan start petik awal bulan September ini.
Group saya pula, baru sahaja sampai kesini 2 hari lepas. Rumah dan pengangkutan telahpun selesai di 'setup'. Mereka kena datang awal untuk 'standby' memandangkan kerja di Ladang anggur Mildura sudah berakhir minggu lalu. Ladang Mangga tempat saya bekerja sekarang akan bermula minggu pertama September ini. Maka mereka juga kena 'standby' selama lebih kurang 10 hari disini. Nasib baik duduk rumah Farmer dan tak perlu bayar sewa selagi tidak bekerja.

Taken on 25 August 2015

Menurut kontraktor tempat saya bekerja sekarang, kerja-kerja memetik buah mangga akan bermula awal bulan September ini tetapi dengan jumlah pekerja yang sangat sedikit. Dua atau tiga minggu awal (boleh jadi juga 4 minggu pertama) hanya dua atau tiga mesin sahaja yang bergerak. Satu mesin lima orang pekerja. Maka, hanya ada dalam 15 orang sahaja pekerja yang diperlukan untuk 4 minggu pertama (up: ladang tempat saya bekerja sekarang memiliki lebih kurang 390 000 pokok mangga, atau 4 500 ekar bidang tanah). Dengan relatif ladang seluas ini, hanya 15 orang pekerja sahaja sudah mencukupi untuk bekerja lebih kurang bulan pertama musim memetik buah berlangsung.

Sehingga kini, melalui pemerhatian saya, pokok mangga yang ada sekarang masih tidak berhenti berbunga. Saya anggarkan hanya 20% sahaja pokok yang berbuah dan sebahagiannya akan 'ready' dipetik dalam masa lebih kurang seminggu lagi daripada sekarang.

Taken on 25 August 2015

Hasil maklumat ini, dan pengalaman saya sendiri menjaga bunga mangga ini selama 5 minggu, juga hasil 'sembang-sembang' saya bersama Supervisor disini, terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan terhadap kerja di Ladang Mangga tahun ini seperti:

  1. Kerja di Ladang mangga tahun ini bukan bermula di bulan atau hujung August.
  2. Disebabkan sehingga kini (25 August 2015), pokok mangga masih berbunga, maka musim memetik mangga tahun ini boleh jadi lebih panjang berbanding tahun lalu.
  3. Mungkin juga jam bekerja akan lebih pendek kerana mode memetik mangga tahun ini lebih kepada berbentuk 'selective pick' (musim memetik panjang, jam bekerja kurang daripada kebiasaanya)
  4. Kerja kena 'rotate' menjadi lebih dahsyat akibat lambakan tenaga kerja di Darwin kini. Setiap minggu saya ke bandar, setiap kali itulah saya terserempak dengan muka-muka suci yang baru sahaja datang ke Australia ini. Siap bergerak secara berkumpulan lagi tu. Tempat kawan saya bekerja sekarang sahaja sudah ada newbie yang 'standby' sebanyak 40 orang!!! jumlah yang agak dahsyat.
  5. Empat (4) minggu awal, bermula minggu pertama September... mejoriti ladang di Darwin memerlukan pekerja dalam jumlah yang sedikit sahaja. Jika ladang seluas 4 000 ekar hanya memerlukan 15 orang pekerja, maka ladang yang lebih kecil akan memerlukan pekerja yang lebih sedikit daripada jumlah tersebut. Kalu tidak, memang masalah kerja kena 'rotate' akan berlaku di awal 4 minggu pertama.
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan berkenaan situasi semasa kini di ladang mangga. Harap kepada para pembaca, bole berkongsi maklumat ini kepada kawan-kawan dan silalah membuat keputusan yang bijak sebelum anda membuat keputusan untuk datang awal ke Darwin tahun ini.

No comments:

Post a Comment