Friday, October 23, 2015

Kesan Passport Tamat Tempoh : Respon Dan Soalan Pembaca Oktober 2015

Mohon maaf sekiranya ada yang telah menghantar email atau mesej sebelum Oktober 2015 tetapi gagal untuk dibalas. Saya hargai usaha anda dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini. Artikel ini saya tulis bertujuan untuk menjawab persoalan pembaca secara 'bundle' kerana mejoriti pembaca bertanyakan bentuk soalan yang sama.



Sebelum itu, ingin saya sedikit mengulas respon negatif daripada pembaca. Kita boleh bertanya sebanyak mana soalan kepada sesiapa sahaja. tetapi bagi saya, sekiranya saya mengesan pertanyaan anda tersebut memiliki unsur-unsur provokasi dan attitude yang kurang saya senangi, maka secara automatik samada saya balas dengan gaya bahasa yang agak kasar ataupun saya tidak membalas langsung pertanyaan anda tersebut. Lebih mengecewakan bilamana terdapat tiga orang pada hari yang sama mencadangkan saya untuk menutup laman blog ini daripada ditulis kerana mereka berpendapat saya menipu mereka.

Cadangan saya mudah, sekiranya saya menipu, maka silalah war-warkan kepada sahabat handai anda supaya jangan membaca blog ini. Pesan kepada setiap mereka agar memboikot penulisan blog ini. Buat pengetahuan pembaca, samada anda mengikuti/memilih/menyertai group saya melalui pembacaan blog ini ataupun tidak... saya satu sen pun tidak akan mengalami sebarang kerugian. Jika anda bukan pembaca bersifat "surface" kepada setiap entri di dalam blog ini, saya yakin anda faham apa yang saya maksudkan. Kasihan sungguh saya melihat rakyat kita yang datang kesini dengan harapan untuk menambah nilai pada poket mereka sahaja tetapi tidak pada nilai otak mereka. Malah lebih tragis lagi bilamana kedua-duanya tidak ada nilai.


Saya tidak pernah memaksa sesiapapun untuk membaca lalu mempercayai entri di dalam blog ini, maka tidak ada sesiapapun yang berada di muka bumi ini yang boleh memaksa saya untuk menutup penulisannya. Dalam falsafah barat, keadaan ini dikenali sebagai "crashing-right events" dan bukan sesuatu yang mengejutkan bagi saya sekirannya ia berlaku dikalangan Rakyat Malaysia kerana saya tahu, saya berbicara kepada marhen Minda Kelas Ketiga (bukan semua tetapi sebilangan)....

Baiklah, mari kita fokuskan kepada jenis soalan-soalan berikut (yang bagi saya lebih membina jika dikongsikan), mungkin juga ia merupakan satu jawaban kepada masalah anda:


Pertama: Apakah kesan sekiranya Passport sudah tamat tempoh? - Aril

Soalan ini sangat bagus. Betul, terdapat kes pasport yang sudah tamat tempoh tetapi masih berada di Australia. Bagi kes;

  • Legal, tetapi passport dah tamat tempoh. Boleh bertemu terus dengan kedutaan Malaysia. Mereka akan uruskan from A to Z.
  • Illegal dan Overstayer, tetapi passport dah tamat tempoh. Buat laporan kepada pihak immi sekiranya anda sudah berniat untuk menamatkan "lawatan" anda disini. Cadangan saya, beli tiket balik seminggu lebih awal daripada tarikh anda ingin berbuat laporan tamat tempoh. Berjumpa dengan immi dan maklumkan bahawa anda sudah membeli tiket balik tetapi passport anda sudah tamat tempoh. Mereka akan uruskan from A to Z. Anda akan diberikan BVE dalam tempoh kurang daripada seminggu yang mewajibkan anda untuk meninggalkan negara ini. Sekiranya anda masih merasakan diri anda sebagai pelancong di Australia, maka senyapkan diri adalah jawapan terbaik
Jika passport anda sudah tamat tempoh, sememangnya pergerakan anda terbatas tetapi perkara-perkara seperti berikut masih anda boleh lakukan;
  • Akaun bank anda masih berfungsi. Tidak perlu takut untuk berurusan dengan pihak Bank jika ia berkaitan dengan wang simpanan anda,
  • Jadikan lesen memandu anda sebagai sumber rujukan tunggal sekiranya ada pihak meminta dokumen pengenalan diri. Lebih mudah sekiranya anda memegang International License,
  • Menggunakan penerbangan domestik, bergerak dengan pengangkutan awam, travel sekitar Australia,
  • Menyewa rumah dan membeli kereta.
Implikasi sekiranya passport anda sudah tamat tempoh ialah, semasa anda kembali ke Malaysia, anda akan dilabel sebagai rakyat yang sudah tidak layak untuk memiliki passport. Pihak immi Malaysia boleh menghalang anda untuk memiliki passport mengikut tempoh budi bicara yang dipersetujui oleh mereka, minimum 5 tahun dan maksimum untuk seumur hidup. Anda tidak boleh ke mana-mana negara selagi anda dalam tempoh "halangan melancong" tersebut. Anda akan di-banned daripada keluar daripada Malaysia.


Kedua: Bagaimana untuk menjadi pekerja yang 'legal'? - Mas Ayu

Terdapat pelbagai cara untuk menjadi pekerja yang legal disini. Dalam skop rakyat Malaysia yang memasuki negara ini dengan menggunakan ETA visa, berikut merupakan rantaian yang boleh menjadikan pelawat ETA pekerja yang legal; [sebelum membaca rantain penjelasan di bawah ini, sila baca berkaitan dengan Substantive Visa dan Bridging Visa di laman web immi Australia terlebih dahulu DAN baca artikel saya disini (klik1) dan disini (klik2)]

  1. ETA digunakan sebagai visa untuk memasuki Australia. Visa ini tidak layak untuk bekerja.
  2. Selesai sahaja melepasi sempadan negara ini, ambil masa untuk bertemu dengan agen migrasi yang berdaftar dengan immi. Mohon khidmat nasihat daripada mereka. Mereka akan kenakan caj konsultansi sebanyak AUD 80.00 ke AUD 100.00 per jam. Lakukan permohonan khidmat nasihat ini melalui email (pastikan pada masa ini anda sudah memiliki akaun Bank di Australia, Commenwelth Bank adalah pilihan terbaik). Setelah mendapat tarikh temujanji dengan ejen tersebut, sebelum bertemu dengan mereka, pastikan anda emailkan terlebih dahulu setiap soalan kepada mereka tiga hari lebih awal daripada tarikh temujanji. Sekiranya boleh, terus mohon untuk membuat bayaran secara talian, supaya setiap soalan dalam email anda akan mendapat perhatian dan keutamaan mereka (bukti anda serius berurusan dengan mereka). Semasa temujanji, anda dapat menjimatkan masa untuk berbicara dengan mereka kerana mereka sudah ada review awal terhadap asas permasalahan anda. Anda mampu menjimatkan  masa dan wang konsultansi disini.
  3. Selesai sesi khidmat nasihat tersebut. Anda samada boleh terus memilih khidmat profesional mereka untuk membantu anda dalam proses memohon visa yang membolehkan anda bekerja ATAU memohon sendiri.
  4. Selesai memohon visa yang boleh membenarkan anda bekerja disini, terus pergi ke mana-mana intitusi/jabatan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan lisen memandu yang diiktiraf oleh kerajaan Au. Lagi mudah sekiranya anda, siap-siap menukarkan lisen memandu Malaysia anda kepada International semasa anda berada di Malaysia lagi. Lisen memandu ini adalah keperluan yang wajib anda selesaikan terlebih dahulu. Jika anda perasan, lisen memandu ini boleh menggantikan fungsi passport anda yang sudah tamat tempoh seperti apa yang telah saya jelaskan pada soalan pertama di atas. Selagi anda tidak terlibat dengan jenayah, dadah, salah laku had laju dan peraturan memandu disini, anda boleh bergerak bebas tanpa ragu walaupun visa melancong anda sudah tamat tempoh.
  5. MUNGKIN, anda perlu diberikan Bridging Visa (visa sementara) terlebih dahulu selagi proses permohonan Substantive Visa anda masih dalam proses. Hanya BVA sahaja yang boleh di benarkan bekerja. Jika anda diberikan kelas selain A, maka anda boleh memohon semula untuk diberikan BVA. Anda ada hak untuk 'appeal work right' dalam pemohonan tersebut. Melalui proses inilah kita boleh bekerja secara legal dimana-mana tempat di seluruh Australia.


Ketiga: Kenapa tahun ini, 2015 tidak digalakkan datang? - Shafik

Jawapan kepada soalan ini adalah bersifat pandangan peribadi. Saya secara peribadi tidak menggalakkan anda untuk datang bekerja pada tahun ini kerana;


  1. Sejak awal tahun ini, kebanyakkan job buah-buahan tidak membuahkan hasil yang baik. Buah sedikit dan banyak yang diserang penyakit. Lebih teruk lagi, perubahan cuaca sangat tidak membantu dan menggalakkan pokok untuk berbuah cantik serta cepat untuk dituai. Group saya yang bekerja di Ladang Anggur, Oren, Strawberry, dan Blueberry mengalami masalah yang sama. Saya sendiri bekerja di Ladang Anggur selama 8 bulan dan merasakan agak sukar untuk 'buat duit' akibat masalah ini. Bukan untuk berbangga, sekadar sandaran situasi... sedangkan saya sebagai pemetik buat terlaju di dalam ladang tersebut juga merasa payah, inikan lagi budak baru yang hendak berjinak-jinak dengan suasana dan cara bekerja di ladang. Pekerja yang experience juga merungut, inikan pula newbie. 
  2. Saya tidak ada masa yang banyak untuk mengajar anda bekerja. Seperti yang saya katakan tadi, keadaan pada nombor (1) di atas menjadikan saya kena bekerja berlipat kali ganda untuk mendapatkan sasaran peribadi saya. Jika dahulu, setengah hari sahaja saya sudah cecah target pendapatan harian saya, tetapi tahun ini, saya kena bekerja keras sehingga ke petang untuk mencapai 'target'. Maka, saya secara automatik tidak ada masa untuk membantu newbie dalam proses penmebelajaran dan penyesuaian diri mereka di Ladang. Pembantu saya juga telah ditangkap immi awal tahun lalu. Maka dalam keadaan ini, saya terpaksa mengutamakan diri saya terlebih dahulu barulah saya mampu membantu orang lain.
  3. Keselamatan overstayers terjejas. Kini modus operandi immi mudah, mereka akan melepaskan individu yang mereka syak bekerja di ladang agar mereka dapat mengikutinya ke kelompok sasar. Kawan saya sudah terkena dengan teknik serbuan ini. Saya tidak ingin menjadi mangsa seterusnya.
  4. Over-supply manpower menjejaskan kualiti pekerja dan imej. Saya masih ingat lagi, dua tiga tahun dahulu Mildura adalah tempat yang sunyi daripada kehadiran pekerja berbangsa Melayu. Kini, ia sudah boleh dikatan sebagai kampung orang melayu. Kiri kanan wajib akan bertembung dengan orang melayu. Mungkin tidak mengapa, kata orang mungkin ini fenomena yang normal. Tetapi yang paling tidak menyenagkan ialah sifat segelintir orang melayu yang suka mungkir janji dan malas bekerja ini sudah menjadi imej yang dikenali oleh para kontraktor dan juga farmer sekitar Mildura. Terlalu banyak orang melayu yang yang bekerja di sekitar Mildura memiliki rekod attitude bekerja yang buruk, sehinggakan mejoriti kontraktor atau farmer menjadi serik untuk megambil orang melayu menjadi pekerja mereka. Saya pernah berpesan bahawa "janji" adalah satu bentuk dokumen yang dipegang oleh majikan anda disini. Pengurusan masa juga menjadi keutamaan untuk kita sentiasa diberi peluang bekerja oleh majikan. Menepati janji dan pengurusan masa yang baik adalah selling-point yang menjadikan anda sentiasa memiliki kerja yang baik disini. Mungkin terlalu banyak penulis blog yang sering menyalahkan majikan yang menipu pekerja, tetapi mungkin tidak ada yang menilai tindakan pekerja yang cuba menipu majikan. Contohnya, mejoriti pekerja melayu disini suka melompat-lompat tempat kerja sebelum season kerja berakhir. Dalam satu season, contohnya anggur selama 8 bulan (petik, potong, rolling dan pulling), sungguh jarang saya mendengar orang melayu kita bekerja dalam satu tempat yang sama. Mungkin dalam satu season tersebut, sudah tiga atau empat tempat dia berpindah-pindah. Ada juga yang menelefon kontraktor secara rambang lalu berjanji akan bekerja dengan beliau, tetapi bila sampai masa yang dijanjikan, batang hidung tak muncul, habuk pun tak nampak. Dalam keadaaan pengurusan masa pula, terutamanya job hourly... orang melayu sering terlambat. sering lewat ke tempat kerja. Terlalu banyak alasan. Lebih teruk pula situasinya untuk kerja jenis kontrak. Orang lain mula kerja 6.30am, tapi kelompok melayu datang 7.00am. Lagi parah ada yang datang lewat 2 jam tapi buat muka tak berlaku apa-apa pun... seolah-olah ladang ini moyang dia punya. Sungguh mengecewakan attitude seperti ini.
  5. Hanya individu yang saya yakin mampu dan bersedia sahaja yang akan saya benarkan untuk datang bekerja pada tahun ini. Jika saya memberi respon dingin kepada anda mungkin juga saya merasakan anda masih belum bersedia. Jika karenah saya ini anda tidak boleh tangani, inikan pula bila anda sudah bekerja bersama saya dan juga majikan saya disini.... Majikan saya lebih tegas dan berdisiplin orangnya. Jika saya dapati anda bukan jenis orang yang sesuai dengan cara beliau, buat apa saya membawa anda bekerja disini? Memang saya tidak boleh nafikan penilian saya terlalu subjektif, tetapi saya yakin, saya tahu apa yang saya lakukan. Bukan sahaja kebaikan untuk anda sendiri agar tidak lebih kecewa setelah dimaki hamun oleh majikan saya, malah reason yang paling major ialah saya menyelamatkan diri saya terlebih dahulu sebelum perkara negatif berlaku lalu merosakkan semua perancangan yang saya usahakan sebelum kedatangan anda lagi. Memang berbunyi shellfish, tetapi perlu untuk perlindungan kita bersama.


KESIMPULAN

Do not EXPECT but ACCEPT

Saya menulis blog ini agar anda memiliki gambaran sebenar akan situasi pekerjaan di ladang Australia. Saya yakin, setiap usaha anda untuk membaca setiap detail dan penjelasan yang saya tulis di dalam blog ini, akan menjadikan anda individu yang boleh menilai diri sendiri samada mampu ataupun tidak untuk menerima setiap cabaran yang akan berlaku disini. Blog ini hanya menceritakan pengalaman saya bersama rakan-rakan yang mungkin juga ia adalah gambaran yang hanya 50% sahaja daripada perkara sebenar yang akan berlaku ke atas diri anda bilamana anda berada disini. Terjadi insiden individu yang "meroyan" terhadap 'expectation' mereka yang jauh berbeza dengan keadaan sebenar kerana gagal untuk memahami intipati dan mesej penulisan blog saya ini. Individu yang tidak membaca blog saya dengan teliti dan individu yang malas membaca atau "surface reader" adalah MUSUH KETAT saya. If you can't ACCEPT, don't EXPECT.

Regards.

Harry Jayne

14 comments:

  1. Alhamdulillah harry...awak mmg terbaik dlm beri penjelasan...saya masih kuat utk ke sana..penjelasan bukan utk menakut2kan tp membuatkan saya lebih paham apa yg dikehendaki disana nnti...tgh training di cameron ni...InsyaAllah saya akan berjumpa dgn en harry jane..bukan utk bekerja tp kongsi pengalaman...saya mmg igt nk beli kereta once sampai nnti..adakah itu cara terbaik?mintak maaf byk soal plak takut cepat sgt plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg membezakan kaya atau tidak adalah ilmu.
      Jika anda masukkan ilmu ke minda anda, minda anda akan masukkan duit laju-laju ke dompet duit anda...
      Jom! Buat duit laju laju!

      http://www.jutawanwechat.com/?ref=duitmasuklaju

      *Jika tidak boleh klik, Copy and Paste URL.

      Delete
    2. Yg membezakan kaya atau tidak adalah ilmu.
      Jika anda masukkan ilmu ke minda anda, minda anda akan masukkan duit laju-laju ke dompet duit anda...
      Jom! Buat duit laju laju!

      http://www.jutawanwechat.com/?ref=duitmasuklaju

      *Jika tidak boleh klik, Copy and Paste URL.

      Delete
  2. Kepada saudara blogger Harry, penyampaian cukup padat dan membantu. Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Yg membezakan kaya atau tidak adalah ilmu.
    Jika anda masukkan ilmu ke minda anda, minda anda akan masukkan duit laju-laju ke dompet duit anda...
    Jom! Buat duit laju laju!

    http://www.jutawanwechat.com/?ref=duitmasuklaju

    *Jika tidak boleh klik, Copy and Paste URL.

    ReplyDelete
  4. blog yg terbaik diantara blog2 sedia ada..thumbs up bro harry

    ReplyDelete
  5. hello..nk tny... kalau passport sy valid lg setahun ... tp sy da nk ke aus... seeloknya sy renew ke x pasport sy ty

    ReplyDelete
  6. Sy warganegara malaysia kini telah tertampa di solomon island,di sebabkan lockdown sy tak dapat balik ke malaysia hngga kini passport sy telah tamat tempoh,sy telah apply emergency certificate atau passport regulation dan sy lulus,masalahnya sy perlu apply australia visa disebabkan sy kerna tnggu di australia lebih dari 8jam,sy telah apply visa tetapi di tolak.apakah ada cara lain..?

    ReplyDelete
  7. Mt tghari..sy sda dtg austarulia dkt 2 tahun...jadi sy sda blik malaysia...sy mahu tanya pandangan klu mhu balik sana lagi boleh lagi tak...visa blh buat balik ke mcmana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masuk mohon 866 ke ? Kalau iya cuba saje nasib untuk mohon visa lain. Belum cuba belum tau. Lain orang lain situasi.

      Delete
  8. Abang , saya harap abang ada bukak lagi blog ni . Saya nak tanya , passport saya valid lagi 4bulan . Saya dah nk gerak balik malaysia bulan depan , kalau balik tu saya renew passport , tadak masalah kan abang ?

    ReplyDelete
  9. Thanks and that i have a dandy present: Where To Start With Whole House Renovation house renovation grants

    ReplyDelete
  10. Cool and I have a neat supply: When Home Renovation split level exterior remodel

    ReplyDelete