Hari ini terpanggil saya untuk menulis blog berkenaan kerja di ladang Australia kerana setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran selama dua tahun disini, saya yakin bahawasanya saya perlu juga untuk menulis sedikit sebanyak info perjalanan saya disini untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Tujuan perkongsian ini adalah sebagai rujukan dan sempadan yang patut ada pada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk bekerja disini. Sekurang-kurangnya para pembaca memiliki gambaran yang agak jelas tentang apakah sebenarnya yang berlaku dan yang akan berlaku kepada diri anda selaku Pekerja Ladang di Australia kelak. Idea perkongsian ini wujud adalah untuk mengelakkan anda terpedaya oleh banyak pelaku-pelaku yang saya ketegorikan sebagai "Cibai" cuba untuk mempengaruhi anda demi "wang".... Bagi saya Australia is a Place for Life Gambler, so all of us should be take more careful of ourself and don't simply trust others then yourself.....
Daun Anggur jenis Crimson (Table Grape) di hujung musim Luruh
Memandangkan ini adalah artikel pertama saya, jadi saya akan highlight terlebih dahulu entri penulisan saya didalam blog ni seperti berikut
1. Pandangan peribadi saya berkenaan kerja-kerja yang sudah saya buat disini (setakat ni saya buat kerja di ladang anggur sahaja seperti table grape, dried fruit and wineries farm)
2. Hasil perbualan saya bersama kenalan-kenalan yang saya temui disini. Bagi saya ini sangat menarik untuk dikongsikan. Macam- macam cerita ada, suka duka semua ada... Kata orang "..this is Australia ok!!!... Not Malaysia..." Hurrrmmm~
3. Takwim kerja saya dan kawan-kawan yang lain sepanjang tahun (mengikut kawasan yang saya pernah bekerja seperti: Kalau di Victoria ni ialah Swan Hill, Mildura, Robinvale, Merbein, dan Red cliff. Kalau di NSW pula, Wentworth la yang paling dekat. Kalau di Quensland pula, Emerald la tempat yang menjanjikan kerja untuk peladang anggur) - lain daripada tempat-tempat ni adalah hasil perkongsian saya bersama rakan-rakan yang lain.
Vine Anggur jenis Sunmuscat (Dried Fruit) semasa musim Sejuk
Gambaran Ladang Wine (Wineries Grape) di awal musim Panas
Selain daripada 3 perkara di atas mungkin juga akan saya tulis mengikut mood dan perkembangan idea semasa.
Perkara yang paling penting anda perlu ingat berkenaan saya ialah SAYA BUKAN
1. Kontraktor
2. Sub-kontraktor
3. Supervisor
4. Atau Orang Harapan yang berkepentingan, atau
5. Perantara kepada mana-mana pihak berkepentingan
SAYA ADALAH network anda disini. Saya sedia menjadi Jururunding/Penasihat anda disini. Apa yang saya tahu saya kongsikan kepada anda, jika diluar pengetahuan saya, mungkin saya boleh dapatkan daripada rakan-rakan saya disini. Di dalam group kami disini ada beberapa orang yang sudah bekerja lebih daripada 5 tahun dan mereka sedia membantu kita untuk mendapatkan idea peluang pekerjaan disini. Mereka juga adalah network saya disini sebelum saya memijakkan kaki di tanah yang sangat luas ini.
Hari pun dah lewat malam, esok nak kerja kena bangun seawal 5 pagi. Kerja Wineries esok. So, saya tamatkan artikel ini, kita jumpa di artikel saya yang baru... Selamat Malam.
No comments:
Post a Comment