SITUASI Terkini
Kini saya bekerja di Emerald, Queensland sebagai grape pickers. Sudah hampir lima minggu saya berada disini. Bekerja disini kena fokus dan banyakkan rehat kerana persaingan antara pickers adalah sangat sengit. Semua pekerja adalah yang berpengalaman. Kelajaun fizikal dan ketangkasan minda akan digunakan 100% agar sasaran yang kita harapkan tercapai. Amat berbaloi jika kita mampu menggunakan tenaga kita sepenuhnya semasa bekerja disini kerana dengan tempoh picking season yang singkat (7 ke 8 minggu sahaja), pendapatan yang kita perolehi sama seperti kita bekerja selama 6 bulan di Mildura mahupun Robinvale. Pelik tetapi bukan mustahil. Kini saya sudah bekerja selama 4 minggu dan saya memeperolehi pendapatan sebanyak AUD 6500.00, lebih kurang RM 18 525.00. Bagi yang pernah bekerja disini, jumlah pendapatan ini dikira sebagai pendapatan biasa sahaja. Bagi yang lebih berpengalaman, mereka mampu memperolehi RM 20 000.00 keatas selama 4 minggu.
Jika dalam senarai pekerjaan yang saya pernah lakukan disini, pickers di Emerald adalah First Rank dan perlu diulang setiap tahun, itupun jika diberi kesempatan...hihihi.
Salah satu jenis trolley yang digunakan untuk memetik buah anggur disini
RISIKO DAN CABARAN
Jika berfikir pasal keuntungan yang diperolehi daripada penulisan blog ini, mungkin dari pandangan mata kasarnya, ia agak lumayan. Begitu juga bila kita bekerja sebagai grape pickers disini. Tetapi bila kita melihat daripada pandangan mata burung, terlalu banyak risiko dan cabaran yang perlu kita tempuh. Malah ada yang mungkin mampu menggugat keselamatan kita sehari-hari. Mana tidaknya, kita bukannya pekerja yang sah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku keatas diri kita.
Seminggu yang lalu, tiga daripada rakan saya ditangkap di Robinvale semasa memandu. Euston dan Mildura operasi besar-besaran. Ini adalah rutin pihak immi setiap tahun. Bagi yang bernasib baik, maka terlepaslah daripada buruan mereka. Pada masa tersebut, barulah terasa betapa istilah "life is a gamble" is a real things. lol =)
Saya pernah terbaca satu artikel semasa saya berada di Gippsland awal tahun lalu, CEO daripada salah satu recruitment company pernah ditemuramah oleh ABC Ballarat berkenaan pekerja ladang yang tidak sah dinafikan kewujudan mereka bekerja dibawah pengetahuan owner. Statement beliau sangat melekat dalam kepala saya sehingga sekarang. Kalau tak silap saya, beliau berkata seperti ini..."It's a long standing practice and it's not a rumors, it's an open secret, it's been around for decades,.."
Kenyataan ini membuktikan bahawa :
- Owner ladang tidak akan pernah mengaku kita sebagai pekerja mereka,
- Kontraktor tetap akan lepas tangan untuk melindungi hak kita bilamana ia bersabit dengan mana-mana undang-undang yang termaktub di dalam negara ini,
- Rakyat disini maklum akan kehadiran kita sebagai pekerja ladang yang tidak sah dan mereka mengganggap ia mungkin menggugat peluang pekerjaan mereka,
- Tidak mustahil agensi latihan pekerja asing yang sah disini gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan tawaran kos tenaga kerja yang lebih rendah daripada pekerja haram seperti kita disini,
- Manipulasi hak pekerja daripada majikan dan ketidakpatuhan mereka akan menjadi semakin parah saban tahun.
Gambar Pati daripada beritasemasa.com (lebih kurang beginilah keadaan kita bila ditahan immi)
Daripada perspektif yang lain pula, membawa orang luar bekerja dinegara ini secara tidak sah juga boleh dianggap sebagai perbuatan yang membunuh diri sendiri. Saya faham stand saya dimana. Kepada mana-mana manipulator, spekulator, atau apa-apa sahaja "...tor-ni", saya juga maklum stand anda dimana. Jadi, untuk keamanan bersama, baik kita fokus kepada kaedah bekerja tanpa menjejaskan orang lain. Bersaing secara sihat. Ingat matlamat asal kita bekerja disini. Jika ada didalam diri kita cenderung untuk memanipulasi orang lain demi kebaikan diri sendiri, saya cadangkan anda duduk di Malaysia sahaja. Secara peribadi, saya tidak fikir anda layak berada disini...hihihi
Saya tidak terjejas untuk duduk bersama seorang penjenayah seperti bekas pembunuh TETAPI saya sangat FUCKED UP dengan PENCURI!!!. Salah seorang yang saya bawa pada bulan lalu kesini bersama seorang yang baru sahaja saya kenali, bekas pekerja Happy Mango kat Darwin adalah PENCURI yang sangat dikehendaki. Mereka terlibat dengan kes mencuri beg tangan saya dan duit pekerja serta barang-barang berharga pekerja yang lain lalu hilang daripada dikesan. Saya dalam proses mengumpul maklumat mereka berada dimana sekarang. Cuma masa sahaja. Mungkin selepas ini saya akan mewajibkan semua pekerja memberikan fotokopi passport mereka kepada saya. Mudah untuk saya rujuk bilamana ada masalah-masalah seperti ini berlaku.
LAMBAKAN TENAGA KERJA
Tiga tahun yang lalu, kehadiran pickers berbangsa Melayu disini adalah suatu perkara yang luar biasa. Bilamana kita memperkenalkan kita adalah Malaysian, mejoriti kontraktor mahupun farmer beranggapan kita adalah:
- Kaum berbangsa Cina.
- Jika bukan Cina, kita adalah kaum minoriti yang tinggal di negara bernama Malaysia.
Sedih, tapi ini adalah hakikatnya. Kini, Springvale, Shapparton, Mildura mahupun Robinvale,.. boleh dikatakan hampir setiap satu jam anda berjalan-jalan di bandarnya, anda akan bertemu dengan orang Malaysia berbangsa Melayu.
Dahulu, kerja Hourly dibayar AUD 15.00 sejam, apatah lagi satu box anggur, pasti diatas harga AUD 2.00 sekotak. Kini, purata AUD 13.00 sejam, malah mejoriti sekotak anggur dibayar dibawah paras AUD 2.00 sahaja. Dalam satu farm, mungkin anda melihat banyak backpackers orang kulit putih bekerja, tetapi kini, 98% orang asia sahaja. Daripada 10 orang pekerja asia, 3 daripadanya adalah Melayu.
Lambakan tenaga kerja ini mengambarkann kepada kita, betapa sengitnya pesaingan antara pickers. bagi yang kurang berkualiti, dengan mudah sahaja Farmers atau kontraktor memecat mereka. Ia semudah memetik jari kerana mereka yakin, dalam beberapa jam sahaja, mereka akan memperolehi pekerja baru pula.
RINGKASAN SOAL JAWAB PEMBACA
First, saya sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja pembaca yang menghubungi saya. Saya hargai usaha anda. Saya maklum, beberapa email dan mesej pembaca yang sehingga kini saya masih tidak reply lagi. Saya mohon maaf atas masalah tersebut. Berikut merupakan sebab musabab saya tidak menjawab mesej/email anda:
- Saya penat dan ingin berehat. Tidak ingin serabutkan kepala saya dengan mana-mana soalan atau masalah orang lain. Saya perlu membantu diri saya dahulu sebelum saya membantu anda. Jika masa tersebut anda tidak berjaya menghubungi saya atau anda frust sebab saya tidak reply mesej/email anda, maka please... letak saya sebagai pilihan dan rujukan anda terakhir untuk anda bekerja disini. Anda boleh cuba menghubungi orang lain yang berkelapangan.
- Soalan yang sudah saya jelaskan di dalam blog ini. Kebanyakan orang yang menghubungi saya adalah orang yang malas membaca. Maka cara mudah, mereka mesej jer la saya. Dengan harapan saya akan melayan mereka dengan soalan yang sepatutnya mereka perolehi jawapannya di sini : http://backpackersdiaustralia.blogspot.com.au/2014/08/soal-jawab-lazim.html
- Saja nak menganggu saya. Dalam kes ini, tak pasti saya perlu beranggapan apa terhadap sapiens seperti ini. I'll figure out one day =). I will...hihihi
Selain daripada 3 kategori di atas, saya yakin saya sudah membalas mesej/email anda. Kepada yang akan datang pada bulan Januari tahun hadapan, I Welcomed U guys in advance. Thank You So Much!!!
Saya berharap dengan penulisan artikel kali ini, anda mampu berfikir secara lebih rasional dan matang untuk membuat keputusan multamad datang kesini sebagai Pekerja Ladang Anggur.
Regards and Based On Trust,
Harry Jayne (harry.jayneoz@gmail.com)
No comments:
Post a Comment