Bekerja sebagai peladang di OZ ni sangat berkait rapat dengan perubahan cuaca dan musim. Perubahan tersebut memainkan peranan yang sangat besar terhadap bilangan hari kita beklerja dalam tempoh masa seminggu sekaligus mempengaruhi jumlah pendapatan yang kita boleh perolehi.
Musim sejuk sudahpun berakhir, kini musim bunga bermula. Semakin banyak kerja yang mula ditawarkan pada bulan september ini, terutamanya ladang Vegetable dan Stone Fruit. So kena pandai-pandai pilih kerja, yang mana satu lebih menguntungkan. Bagi peminat Vege, mereka akan buat kerja-kerja hourly di ladang Tembikai, Asparagus, Rocket Salad, Spinach, Tomato dan banyak lagi. Gaji sekitar 13 ke 16 dolar sejam. Saya tidak berminat dengan kerja ni sebab sungguh menyeksakan. Kena jalan itik dan banyak membongkok selama 8 jam, malah ada yang mula bekerja di waktu malam atau pukul 2 pagi.
Minggu ini adalah minggu terakhir saya bekerja di ladang wineries, begitu juga dengan kawan-kawan saya yang bekerja di ladang table grape. Akan ada rest selama 3 minggu sebelum kerja-kerja baru bermula. Takkan nak duduk diam jer kan masa rest ni, so kena buat kerja either Vege or Stone Fruit. Ada kerja untuk Table Grape dan Strawberry, tapi kena begerak ke Queensland. Malas nak gerak, jauh sangat. Banyak risikonya. So, baik stay di Mildura ni sahaja, lagipun kerja di ladang Stone Fruit sudah bermula dan amat menguntungkan. Berikut, saya share sedikit gambar-gambar kerja yang saya dah lakukan di akhir musim sejuk baru-baru ini.
Berikut merupakan gambaran pokok (vine) Table Grape yang dah tumbuh pucuk di awal musim Bunga ni... menarik. Dalam masa tiga minggu lagi daripada sekarang, akan ada kerja ditawarkan untuk benda alah ni...hahahah
Kontraktor di tempat saya bekerja sekarang ni bekerja di tiga jenis ladang. Pertama Table Grape, Kedua Wineyard and Dried Fruit, Ketiga Stone Fruit. Setiap ladang memiliki group pekerja yang berbeza-beza. Ketiga-tiga ladang ni juga memiliki rotation kerja yang berbeza-beza. Buat masa sekarang, bulan September, kerja-kerja di ladang Wineries dan Table Grape sudah berakhir. Akan ada cuti selama lebih kurang tiga ke empat minggu. Bulan lalu, August, kerja di ladang Stone Fruit sudah selesai dan akan bermula semula pada 20 September ini.
Untuk group saya, saya sudah mengatur jadual kerja bagi mengelak daripada bercuti. So, setelah berbincang dengan kontraktor saya yang baik hati, beliau bersetuju dengan rangka frame kerja yang saya cadangkan kepada beliau. Itupun disebabkan beliau berpuas hati dengan group saya, rajin bekerja dan tidak banyak songeh...hahahah. Prinsip saya mudah, malas kerja, silakan ikut dengan group lain. Saya tak nak pening-pening memikirkan drama korang yang macam telenovela tu. Kita kesini nak cari duit, bukan nak bercuti makan angin and bersenang-lenang. ataupun nak menjadi pelakon Hollywood. Untuk group saya, jadal pekerjaan yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
- September ke Januari : Bekerja di ladang Stone Fruit, Hourly AUD 13.00 sejam.
- Januari ke June : Bekerja di ladang Table Grape, Kontrak as a pickers.
- June ke September : Bekerja di ladang Wineyard and Dried Fruit, Kontrak.
So secara konklusinya, group saya akan akan ada kerja sepanjang tahun. Yeayyy!!! tak sia-sia usaha diplomasi yang saya lakukan selama ini. Saya ada terbaca bloggers seperti saya menulis, contohnya Rezki Di Australia, pesan beliau berhati-hati kalau ada kontraktor yang menawarkan kerja sepanjang tahun. Saya setuju, kita memang kena berhati-hati. Namun bagi saya, tidak mustahil sekiranya kerja yang dilakukan tawarannya ada sepanjang tahun, cuma konsep yang perlu kita terima ialah "rotation" and "reschedule". Lagi satu, kalau kontraktor yang anda ikut tersebut bekerja dengan hanya satu jenis ladang sahaja, contohnya Table Grape sahaja, atau Stone Fruit sahaja, maka memang mustahil kerja ditawarkan sepanjang tahun. Kuncinya, pandai-pandai atur dan berdiplomasi dengan kontraktor dan owner ladang. Mereka semuanya manusia dan bukannya robot.
Di entri yang baru nanti, saya akan menulis berkenaan kerja-kerja yang perlu dilakukan di ladang Stone Fruit. Kerja ni agak baru bagi group saya. Harap ianya mudah dan perkongsian yang seterusnya akan memberi manfaat kepada semua. Thanks readers.
Regards,
Harry Jayne (+61 488 965 035 / harry.jayneoz@gmail.com)