Setakat ini, season pruning, pulling, dan rolling di ladang anggur Mildura sudah hampir berakhir. Tinggal hanya lebih kurang 6 minggu sahaja lagi. Sekarang kerja-kerja pruning, pulling, dan rolling untuk anggur kategori dried fruit dan wineries sudah bermula, biasanya ia akan berakhir di akhir bulan 8, minggu keempat. Selalunya, selesai sahaja kerja di ladang anggur, saya bersama team akan bergerak ke ladang Stone Fruit di Swan Hill. Kerja-kerja thinning buah peach, nectarine dan apricot, akan bermula pada minggu kedua di bulan September. Tetapi tahun ini, perancangan berubah arah ke ladang Mango pula.
Menurut survey yang saya lakukan pada season ini, 'flowering' buah mango 3 kali ganda lebih banyak daripada season yang lepas. Maksudnya good chances untuk merebut peluang bekerja di ladang Mango pula. Kali ini, kenalan saya di Darwin meminta saya bekerja disana untuk membantu beliau membuat kerja-kerja maintenance bunga mangga, yang mana sebelum ini tidak pernah dilakuakan oleh beliau sejak 2 tahun yang lepas. Menurut beliau, seorang pembantu diperlukan bilamana 'flowering season' menunjukkan symptom musim yang menggalakkan penghasilan buah mangga untuk memastikan hampir 80% bunga menjadi buah. Maintenance job ini akan berlangsung 6 minggu sebelum picking season bermula pada awal bulan September nanti. Di saat saya menulis entri ini, saya sedang menunggu flight daripada Melbourne ke Darwin malam ni. Ada kesempatan, maka saya update la sedikit blog untuk berkongsi kepada pembaca akan perkembangan semasa jadual kerja saya bersama team pada tahun ni. Team saya akan bergerak ke Darwin untuk picking season pada minggu pertama bulan Septambaer nanti. First 6 weeks, saya pergi seorang dahulu. Bekerja seorang diri di dalam ladang manggo, di antara 390 000 pokok mangga adalah satu pengalaman yang baru bagi saya. Memandangkan dia menawarkan gaji AUD 21.00 sejam, perasaan takut, dan rasa keseorangan itu, saya tolak tepi semua... bekorban itu penting, lol.
Buat makluman pembaca, banyak yang bertanyakan samada mereka boleh datang bekerja disini dan join the team... jawapan mudah sahaja... boleh. Tapi datang tepat pada masanya. Saya menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk join pada bulan 9 ni. Maklumat asas berkenaan kerja ini adalah seperti berikut:
- Tempat : Darwin, NT
- Bermula : Minggu kedua bulan September
- Tempoh kerja : 6 ke 8 Minggu
- Kerja : Picking Mango
- Gaji : Hourly, AUD 15.00/hour
- Pengangkutan dan tempat tinggal disediakan
Disini juga, saya kongsikan video penting berkenaan kerja petik buah Mango yang saya temui di youtube. Mungkin boleh membantu serba sedikit gambaran awal berkenaan kerja ini bagaimana ia dilakukan,
Harap entri ini membantu anda memahami proses kerja di ladang Mango, dan jika ada rezki, jumpa saya bersama Team di Darwin bulan September ini. Thanks readers.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya minat bole call sy untuk imform pg ke australia.01110999990
ReplyDeleteSaya Berminat Tuan. Boleh Maklum saya Bila Sesuai Turun Australia?
ReplyDelete018-9796862
akhirnya,,, blog utk org yg dah ada kat dalam australia.
ReplyDeleteThanks Semua...
ReplyDelete1. Shuhaily, Hasnizam, dan Safwan.... Kalau dah berada di Aus ni, dan masih tidak memiliki kerja, bole contact saya awal bulan Oktober ni... Tapi saya galakkan lebih baik jangan datang kerana org Malaysia dah belambak disini, sampaikan kerja pun kena 'rotate'
2. HITAM PUTIH... thanks mate. Kalau u ada peluang kerja yang ok, Sila la hubungi sesiapa sahaja yang anda boleh capai di blog ini... its okay
Aduh Kate keje bnyak pastu Kate jgn datang plak mane satu ni bro harry...
ReplyDeleteAduh Kate keje bnyak pastu Kate jgn datang plak mane satu ni bro harry...
ReplyDelete