Saturday, December 13, 2014

Analisis Semasa : Akhir Tahun 2014


SITUASI Terkini

Kini saya bekerja di Emerald, Queensland sebagai grape pickers. Sudah hampir lima minggu saya berada disini. Bekerja disini kena fokus dan banyakkan rehat kerana persaingan antara pickers adalah sangat sengit. Semua pekerja adalah yang berpengalaman. Kelajaun fizikal dan ketangkasan minda akan digunakan 100% agar sasaran yang kita harapkan tercapai. Amat berbaloi jika kita mampu menggunakan tenaga kita sepenuhnya semasa bekerja disini kerana dengan tempoh picking season yang singkat (7 ke 8 minggu sahaja), pendapatan yang kita perolehi sama seperti kita bekerja selama 6 bulan di Mildura mahupun Robinvale. Pelik tetapi bukan mustahil. Kini saya sudah bekerja selama 4 minggu dan saya memeperolehi pendapatan sebanyak AUD 6500.00, lebih kurang RM 18 525.00. Bagi yang pernah bekerja disini, jumlah pendapatan ini dikira sebagai pendapatan biasa sahaja. Bagi yang lebih berpengalaman, mereka mampu memperolehi RM 20 000.00 keatas selama 4 minggu.

Sunday, October 26, 2014

Welcome To New Pickers November 2014

Hari ini, adalah group pertama yang berjaya saya kumpulkan melalui penulisan blog ini. Tahniah kepada 4 orang yang berjaya melepasi immi di Melbourne dan 3 orang di Adelaide. Urusan anda dimudahkan dan berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih kerana meyakini saya untuk untuk menjadi perantara anda bekerja disini. 5 orang yang akan datang pagi ini (tengah naik flight saat saya menulis artikel ini) , moga kamu juga berjaya melepasi cabaran dan rintangan untuk kesini nanti. Banyakkan berdoa dan yakin serta sentiasa positif. Ingat, tukar mindset anda daripada niat nak bekerja disini kepada "Melancong jer"... Mindset itu penting. Bila anda berfikir nak "Melancong jer" bukan "bekerja", maka setiap soalan dan gertakan pihak immi disini akan mudah anda jawab, saya pasti tidak akan kantoi...hehehe

Sempat saya menangkap gambar ahli pertama yang sampai di sini...hahahah (gambar muka tak boleh tunjuk ya...tahulah bakal menjadi PATI nanti...hahahha)

Tiket Skybus daripada Tulamerine Airport Melbourne ke Bandar Melbourne

Backpack orang pertama yang mendarat di Southern Cross Melbourne hari ini... huhuuhu

Esok, saya akan bawa mereka jalan-jalan sekitar melbourne dahulu. lusa baru pergi ke Swan Hill. Untuk panduan umum, saya kongsikan jadual pergerakan Train daripada Bandar Melbourne ke Swan Hill dan Mildura seperti gambar dibawah.

Jadual ini boleh diperolehi di Southern Cross Station

Moga urusan pada hari-hari yang seterusnya dimudahkan. Selamat berjuang semua... inilah masa untuk anda membuat perubahan yang lebih positif dalam hidup, kerjaya, dan masa depan anda semua. Sekali lagi, congrats u olls.... Saya yakin rezeki anda disini.

Regards,

Harry Jayne +61 434 428 389

Friday, October 17, 2014

PENGUMUMAN PENTING : JOB NOVEMBER 2014

============================================================
Update terkini : 27 Oct 2014
>> Tempat dah penuh untuk bulan November 2014 ni
>> Boleh join kami pada bulan Januari 2015 nanti. Berminat sila hubungi saya awal
============================================================

No telefon saya sudah beralih daripada +61 488 965 035 kepada +61 434 428 389 bermula pada hari ini.
No telefon yang lama sudah beralih tangan kepada orang lain yang dahulunya beliau adalah ahli group kerja saya disini. Memandangkan beliau telah berpindah ke tempat lain dan menggunakan no tersebut, maka mohon kepada sesiapa sahaja yang pernah berurusan dengan beliau, sila update detail anda kepada saya di no +61 434 428 389. Oleh itu, sebarang urusan yang sudah dibuat atas no lama, sila update kepada saya sesegera mungkin, jika tidak, saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kesulitan yang berlaku dengan anda nanti.
Setahu saya, sekarang yang sudah pasti akan datang kesini pada bulan nov adalah penam-penama berikut: (nama yg tidak tersenarai, sila update kepada saya sesegera yang mungkin)
  1. F**** Fateh, kedah
  2. Saiful bersama isteri, kedah
  3. H**** Hussein, Kuala Lumpur
  4. R*** Amboase bersama isteri, Sabah
  5. Mohd N********, Johor
  6. M*** Asrul, Johor
Kini, tinggal 7 lagi kekosongan yang available.

Yang akan datang pada tahun hadapan, akan saya update dalam masa terdekat ini.

============================================================
Update terkini : 27 Oct 2014
>> Tempat dah penuh untuk bulan November 2014 ni
>> Boleh join kami pada bulan Januari 2015 nanti. Berminat sila hubungi saya awal
============================================================

Terima Kasih.

Harry Jayne +61 434 428 389

Monday, September 8, 2014

Welcome To Spring Season

Bekerja sebagai peladang di OZ ni sangat berkait rapat dengan perubahan cuaca dan musim. Perubahan tersebut memainkan peranan yang sangat besar terhadap bilangan hari kita beklerja dalam tempoh masa seminggu sekaligus mempengaruhi jumlah pendapatan yang kita boleh perolehi.

Musim sejuk sudahpun berakhir, kini musim bunga bermula. Semakin banyak kerja yang mula ditawarkan pada bulan september ini, terutamanya ladang Vegetable dan Stone Fruit. So kena pandai-pandai pilih kerja, yang mana satu lebih menguntungkan. Bagi peminat Vege, mereka akan buat kerja-kerja hourly di ladang Tembikai, Asparagus, Rocket Salad, Spinach, Tomato dan banyak lagi. Gaji sekitar 13 ke 16 dolar sejam. Saya tidak berminat dengan kerja ni sebab sungguh menyeksakan. Kena jalan itik dan banyak membongkok selama 8 jam, malah ada yang mula bekerja di waktu malam atau pukul 2 pagi.

Minggu ini adalah minggu terakhir saya bekerja di ladang wineries, begitu juga dengan kawan-kawan saya yang bekerja di ladang table grape. Akan ada rest selama 3 minggu sebelum kerja-kerja baru bermula. Takkan nak duduk diam jer kan masa rest ni, so kena buat kerja either Vege or Stone Fruit. Ada kerja untuk Table Grape dan Strawberry, tapi kena begerak ke Queensland. Malas nak gerak, jauh sangat. Banyak risikonya. So, baik stay di Mildura ni sahaja, lagipun kerja di ladang Stone Fruit sudah bermula dan amat menguntungkan. Berikut, saya share sedikit gambar-gambar kerja yang saya dah lakukan di akhir musim sejuk baru-baru ini.

Pole and Panel fixing job

Welding Wire rod job
Vine Cleanning and Suckering for Wineries

Berikut merupakan gambaran pokok (vine) Table Grape yang dah tumbuh pucuk di awal musim Bunga ni... menarik. Dalam masa tiga minggu lagi daripada sekarang, akan ada kerja ditawarkan untuk benda alah ni...hahahah

Kontraktor di tempat saya bekerja sekarang ni bekerja di tiga jenis ladang. Pertama Table Grape, Kedua Wineyard and Dried Fruit, Ketiga Stone Fruit. Setiap ladang memiliki group pekerja yang berbeza-beza. Ketiga-tiga ladang ni juga memiliki rotation kerja yang berbeza-beza. Buat masa sekarang, bulan September, kerja-kerja di ladang Wineries dan Table Grape sudah berakhir. Akan ada cuti selama lebih kurang tiga ke empat minggu. Bulan lalu, August, kerja di ladang Stone Fruit sudah selesai dan akan bermula semula pada 20 September ini.

Untuk group saya, saya sudah mengatur jadual kerja bagi mengelak daripada bercuti. So, setelah berbincang dengan kontraktor saya yang baik hati, beliau bersetuju dengan rangka frame kerja yang saya cadangkan kepada beliau. Itupun disebabkan beliau berpuas hati dengan group saya, rajin bekerja dan tidak banyak songeh...hahahah. Prinsip saya mudah, malas kerja, silakan ikut dengan group lain. Saya tak nak pening-pening memikirkan drama korang yang macam telenovela tu. Kita kesini nak cari duit, bukan nak bercuti makan angin and bersenang-lenang. ataupun nak menjadi pelakon Hollywood. Untuk group saya, jadal pekerjaan yang akan dilakukan adalah seperti berikut:

  1. September ke Januari : Bekerja di ladang Stone Fruit, Hourly AUD 13.00 sejam.
  2. Januari ke June : Bekerja di ladang Table Grape, Kontrak as a pickers.
  3. June ke September : Bekerja di ladang Wineyard and Dried Fruit, Kontrak.

So secara konklusinya, group saya akan akan ada kerja sepanjang tahun. Yeayyy!!! tak sia-sia usaha diplomasi yang saya lakukan selama ini. Saya ada terbaca bloggers seperti saya menulis, contohnya Rezki Di Australia, pesan beliau berhati-hati kalau ada kontraktor yang menawarkan kerja sepanjang tahun. Saya setuju, kita memang kena berhati-hati. Namun bagi saya, tidak mustahil sekiranya kerja yang dilakukan tawarannya ada sepanjang tahun, cuma konsep yang perlu kita terima ialah "rotation" and "reschedule". Lagi satu, kalau kontraktor yang anda ikut tersebut bekerja dengan hanya satu jenis ladang sahaja, contohnya Table Grape sahaja, atau Stone Fruit sahaja, maka memang mustahil kerja ditawarkan sepanjang tahun. Kuncinya, pandai-pandai atur dan berdiplomasi dengan kontraktor dan owner ladang. Mereka semuanya manusia dan bukannya robot.

Di entri yang baru nanti, saya akan menulis berkenaan kerja-kerja yang perlu dilakukan di ladang Stone Fruit. Kerja ni agak baru bagi group saya. Harap ianya mudah dan perkongsian yang seterusnya akan memberi manfaat kepada semua. Thanks readers.

Regards,

Harry Jayne (+61 488 965 035 / harry.jayneoz@gmail.com)

Wednesday, August 27, 2014

Rumusan Pembaca: How to Apply?

Soalan ni dihantar oleh lebih 10 orang pembaca iklan saya di Majalah.com. Baru saya perasan, betul memang tidak tertulis jelas bagaimana nak apply bekerja dengan kami... Thanks for the email guys...

Sebelum tu, saya nak beritahu dahulu TERM & CONDITION nak bekerja bersama2 dengan kami disini. Syarat-syarat dan termanya ialah:


1. Cukup Bajet. Berikut merupakan anggran maksimum duit yang anda perlu ada. Kalau anda seorang yang tahu berjimat, saya yakin anda boleh datang kesini dengan kos yang lagi rendah daripada yang saya nyatakan berikut;

Contohnya untuk seorang:

Ground cost (duit minyak, top up dan lain-lain semasa anda di Malaysia)
i. Visa Melancong ETA : RM 20.00 (beli kat Travel Agent yang berdaftar)
ii. Minyak & Top Up : RM 100.00
iii. Beli barang-barang keperluan lain untuk dibawa kesini : RM 150.00

Tiket
i. Flight (return) : RM 1600.00
ii. Penginapan budget : RM150.00
iii. Airport ke City (Melbourne) : RM50.00
iv. Train ke Mildura : RM 150.00

Kos Lain-lain
i. Consultancy charge : RM 900.00
ii. Duit makan minum : RM 200.00

Duit Poket kat sini nanti = RM1000.00

Total Kos = Ground + Tiket + Lain-lain = RM 4 320.00

Di atas, adalah jumlah kasar, mungkin kurang, mungkin juga bertambah. Oleh itu, saranan saya, anda sediakan lebih sedikit lebih baik daripada kurang. Mana tahu ada kes2 emergency. Untuk selamat, anda sediakan duit sebanyak RM 4 500.00 @ AUD 1 500.00 seorang.

2. Rakyat Malaysia, lelaki atau perempuan (yang kekeliruan gender pun boleh, no hal...) berusia 18-40 tahun.

3. Memegang passport antarabangsa yang masih valid. Kalau boleh amik yang 5 tahun punya ye....RM200.00 jer pun. Kalau takde bajet, buat yang 3 tahun pun jadilah... Yang penting ada.

4. Tanpa sebarang rekod jenayah berat. Kalau jenayah yang ringan2 jer tu tak apa kot... Setakat mencuri ayam jiram rumah sebelah lepas tu kena tangkap polis, rilex jer... Pasti boleh lepas imegresen punya...heheheh

5. Sihat tubuh badan, waras dan bukan gila atau tiga suku atau lupa ingatan. Ada yang saya jumpa orang macam ni disini, so please jangan apply ngan saya kalau anda sedemikian rupa.

6. Tidak berangan nak cepat kaya, atau berasal daripada keluarga yang kaya, takut nanti kat sini asik nak berlagak jer... Seolah-olah dia tu anak kepada rosmah dan najib pula, lepas tu kawan ngan Leonardo Dicaprio, tak pasal2 buat filem hollywood pula kat sini, alahai~ pening.

7. Kuat semangat dan rajin bekerja. Kalau setakat bekerja berat sikit dah sakit badan, dan2 siap cuti dua tiga hari lagi, baik tak yah datang. Sebab hanya orang yang bekerja selama 7 hari seminggu jer yng boleh buat duit disini.

8. Visa, kalau nak mudah ambil yang visa melancong jer... RM20.00 sorang. Beli kat Travel Agent yang berdaftar dengan Kementrian Pelancongan Malaysia. Kalau setakat kenalan2 yang suka jalan2, kononya buat business pelancongan tapi bukan ahli MATTA dan IATA, tak ada lesen pelancongan pun, memang tak akan dapat harga ni. Please jumpa Travel Agent yang betul k...

9. ATTITUDE. Be nice with everybody. Jangan suka cari pasal, sikit2 nak tumbuk, sikit2 nak melenting, sikit2 mencanak. Susah nak survive org macam ni, last2 dipulaukan oleh orang. Dah tak tahan, balik Malaysia, kan dah susah mcm tu. Belajar untuk berdiplomasi dengan orang lain. Kalau tidak boleh ubah, cuba fikir 100 kali untuk pasang niat nak datang bekerja disini.


BAGAIMANA NAK APPLY?


>>> Saya tahu kenapa banyak orang bertanyakan soalan ini. Bagi saya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap blog2 yang juga menawarkan kerja disini, mereka siap letak bagaimana nak apply. Siap mintak fotostate ic la bagai... Macam leceh. Walhal bekerja kat ladang jer pun, tu pun akan berstatus illegal nanti. Propa jer semua ni kan...hahhaha.

>>> Bagi saya, cukup saya beritahu anda akan MEKANISME nak menjayakan anda bekerja disini

1. Emailkan/mesej detail anda kepada saya. Seperti nama, no ic, no fon, dan asal mna.

2. Bagitahu saya bila anda nak mula bekerja disini. So, kita boleh bincangkan tarikh flight anda nanti. Kita survey tiket flight, then setkan tarikh tetap nak terbangnya bila. Beli tiket dahulu, then kita setup yang seterusnya. PLEASE bagi saya copy tiket yang anda berjaya beli nanti. Ia memudahkan urusan saya disini. saya kena pastikan anda sudah komit untuk datang kesini, so saya akan setupkan transport dan umah kat sini nanti.

3. Urus passport dan visa setelah beli tiket. Pastikan urusan ini 2 minggu lebih awal daripada tarikh penerbangan anda kesini. Sebab
i. Bagi orang sabah sarawak yang menguruskan passport di S/Mas, proses nak siapkan passport adalah seminggu.
ii. Bagi orang S/Mas, cuma 3 jam paling cepat atau sehari paling lewat prosesnya. So kalau kes ni, boleh la urus passport seminggu lebih awal daripada tarikh flight.
iii. Kalau yang dah ada passport, pastikan passport anda hidup selama 2 tahun keatas. Kalau kurang, untuk memudahkan urusan anda disini, baik renew passport kepada 5 tahun terus. Perkara ini adalah untuk, kemungkinan anda berpeluang untuk apply visa bekerja disini nanti. Untuk ini, saya akan explain dengan lebih lanjut dalam entri penulisan saya yang lain. Anda susah nak bergerak bilamana passport anda mati nanti. Ingat passport berbeza dengan visa ok.

4. Tiba tarikh flight tiba nanti, kami akan berada di bandar tempat anda turun. Kami akan sambut anda di pusat bandar tersebut. Mendarat sahaja dan selesai urusan anda dengan border immi, anda akan dilepaskan. Masa tersebut, anda boleh terus beli simkad baru, ada dijual kat airport tu. Sehari Sebelum naik flight drp malaysia tu PLEASE call saya. Saya akan explain pasal simkad ni nanti.

5. Bila kita dah bertemu nanti, that is next step yang perlu anda buat. I will guide u ok... Heheh. SELESAI mcm mna nak apply.


Tapi kalau ada benda yang tak clear nanti, please ask ye... I will reply u asap. Many thanks.

Regards,
Harry JayneOZ

Monday, August 25, 2014

My Working Timeline from September 2014 - June 2015


Dalam tiga minggu lagi, kerja-kerja di ladang wineries ni akan berkurangan. Kebiasannya, bila sudah  tiba masa seperti ini, kerja-kerja tidak giat dilakukan. Dalam seminggu 2 ke 3 hari cuti. Oleh itu, saya perlu menyediakan langkah kerja yang seterusnya sebelum musim picking anggur bermula di awal bulan Januari tahun hadapan. Berikut merupakan jadual yang saya kongsikan bersama pembaca kerja-kerja yang sudah confirm ada. Saya senaraikan sedemikian agar memudahkan anda membuat keputusan bila masa terbaik bagi anda untuk datang kesini.


Peluang Kerja yang available bermula Sep 2014 hingga June 2015


Berdasarkan jadual di atas, kini kerja yang saya lakukan ialah min prune. Tinggal seminggu sahaja lagi. Dua minggu seterusnya, dijangka sehingga 25 September 2014 kerja-kerja planting akan berjalan. Bayaran secara hourly. Saya tidak gemar kerja ni, terlalu memenatkan. Oleh itu, pada 15hb ni, saya akan bekerja di ladang Stone Fruit untuk kerja-kerja thinning. Kerja ini dijangka selesai akhir bulan 11. Selepas itu kerja picking akan bermula sehingga bulan March tahun hadapan. Bayaran untuk kerja ni juga secara hourly ($13.00 sejam). Berdasarkan pengalaman pada tahun lepas, bagi saya kerja-kerja di ladang Stone Fruit lebih mudah berbanding kerja planting new vines untuk wineries. So lebih baik buat Stone Fruit. Saya tidak akan memilih garlic, kerana saya tidak suka kerja-kerja di ladang sayur (vege). Sebab vege lebih kerap menunduk dan jalan itik, sangat payah bagi orang yang tinggi seperti saya. Picking grape di Quensland akan saya pilih sekiranya di Mildura ni sudah tidak ada kerja langsung. Tahun ni nampaknya banyak lubang kerja yang saya temui di Mikdura, so Quensland put as a backup plan. 


Dua orang daripada kawan saya sekarang sedang bekerja di ladang Mandrin. Mereka tidak memilih ladang wineries kerana mereka lebih gemar Mandrin berbanding wineries. Tapi, pada 15hb ni mereka juga ingin bekerja di ladang Stone Fruit nanti. Campur mereka, kini sudah 9 orang yang akan bekerja bersama-sama saya nanti. Group semakin berkembang nanti. Ni gambar limau mandrin yang mereka pick hari ni (dibawah). Sebin $55.00 sahaja. Macam rendah sangat, setahu saya $70.00 sebin harga pasaran pickers di Mildura ni. Mereka buat kat Robinvale. Hurrrmmmm.... Sehari pendapatan mereka dalam 60 ke 70 dolar sahaja.


Biasanya musim picking grape akan menjadi lebih sibuk di akhir bulan Februari. So, mulai tahun hadapan, saya akan mula bekerja di ladang Anggur untuk pick table grape di awal bulan Februari ke bulan June nanti. Kira saya akan bekerja hourly ($13.00 sejam, 8 ke 9 jam sehari, 7 hari bekerja) di ladang Stone Fruit mulai 20 September 2014 ke mid Februari 2015 dan mulakan picking table grape selepas itu sehingga awal bulan June 2015 nanti. 

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca semua. Dibawah ini, saya kongsikan gambar ladang wineries yang saya buat min prune tadi. Gembira bila dah siap. Hari ni dapat gaji sebanyak $158.00 sahaja.... Syukur la tu kan.... Hehhehe.


Thanks,
Harry +61 488 965 035 (harry.jayneoz@gmail.com)

Tuesday, August 19, 2014

Jadual Perkerjaan Sepanjang Tahun, Mildura Region Victoria

Berikut merupakan jadual kerja yang saya perolehi daripada senarai yang dimiliki oleh kontraktor tempat saya bekerja sekarang. Jadi anda boleh rujuk jadual ini agar anda dapat merancang pergerakan anda bila berada disini nanti.

Kawasan Mildura

Kawasan Robinvale

Kawasan Wentworth

Kawasan Swan Hill


Preview Penulis: The Do's & Don'ts


Sejak kebelakangan ini, memasuki dan bekerja di Australia bukan lagi perkara yang mudah, tidak seperti dua tiga tahun yang lepas. Bilamana pelancong tersebut berasal daripada Asia, negara membangun, dan berasal daripada Malaysia yang menggunakan Visa Melancong ETA, sudah menjadi perkara biasa apabila pihak imegresen menahan anda dan bertanyakan pelbagai soalan yang pelik-pelik. Kerana berdasarkan bancian pihak imegresen pada tahun lepas, bilangan overstay daripada Malaysia kini semakin meningkat jumlahnya. Persoalannya sekarang, anda berjaya melepasinya ataupun tidak. Jadi cabaran pertama yang anda kena tempuh untuk bekerja disini ialah Pihak Imegresen Australia.

Jika anda tidak berjaya, maka pra-pelaburan yang anda belanjakan untuk tiket penerbangan dan yg sebelumnya akan hangus begitu sahaja. Tetapi, jika anda berjaya, maka bersyukurlah anda salah satu daripada kami disini. Bila anda sudah berada disini, anda juga tidak terlepas untuk sentiasa berjaga-jaga. Jangan buat hal yang pelik-pelik, ingat... Anda ada matlamat untuk bekerja disini.


Oleh itu, saya kongsikan beberapa perkara Do's & Don'ts sebelum dan selepas anda berada disini:

The DO's

1. Rancang perjalanan anda dengan teliti. 
#Tiket beli awal, kalau boleh sebulan sebelum hari bertolak. Beli tiket return flight sekali.
#Sediakan jadual perjalanan, tulis dalam buku catatan anda, kalau boleh buat timeline perjalanan anda semasa berada di Australia selama seminggu.
#Book penginapan awal-awal, yang backpackers lagi murah $24.00 jer semalam.

2. Penampilan kendiri.
#Berpakaian seperti seorang pelancong yang banyak duit.
#Jaga kulit dan muka, sebab ada yang memang bekerja berat seperti pembancuh simen konkrit di Malaysia. So sebelum kesini, bersihkan diri anda, ambil masa seminggu untuk berkurung dirumah dan cuba untuk menyerikan kulit dan muka agar tidak menggerutu. Potong kuku siap-siap, gunting rambut bagi kemas dan pendek. Pakai kasut, jangan pakai selipar jepun.
#Buat research keperluan seorang pelancong mengikut keadaan musim di negara ini. Kalau musim panas, maka anda kena set minda anda sebagai pelancong musim panas. Sebab keperluan pelancong berbeza-beza mengikut musim. Contohnya, bila anda datang pada bulan December, masa tu musim panas, jadi barang-barang keperluan seperti baju yang anda bawa perlulah untuk musim panas, jangan bawa baju untuk musim sejuk, masak kalau kantoi nanti.
#Pastikan Luggage anda sesuai dengan tempoh anda melancong.

3. Gadget
#Bawa kamera, DSLR atau Go-Pro
#Pakai Smartphone, kalau boleh yang mahal sikit, macam iPhone, or iPod. Delete semua benda2 yang berkaitan kerja disini, sms, contact number, dan history blog2 atau apa sahaja artikel yang berkaitan dengan kerja. Kalau boleh, bookmark history anda kepada semua tempat2 pelancongan yang anda nak kunjungi bila sampai nanti. Seolah-olah anda sudah membuat research dan tahu mana nak pergi melancong.

4. Financial status.
#Bawa cash dengan anggaran perbelanjaan $100.00 sehari. Kalau stay seminggu, so kena bawa $700.00 dalam poket.
#Bawa kad kredit atau kat bank yang ada Visa or Mastercard.
#Di dalam dompet, sediakan duit asing seperti Singapura, Brunei, Thailand, US... Dan kalau ditanya, berlakon seperti anda pernah kesana dan itu adalah koleksi anda.

5. Bila berjaya melepasi border nanti,
#Terus ambil bus/train/taxi untuk ke pusat bandar. Beli kad sim yang baru, Telstra@Optus@Vodafone pun boleh. Saya cadangkan Telstra, sebab lagi stabil walaupun di kawasan pedalaman. Call saya sesegera mungkin, kita jumpa dibandar. Saya akan guide anda dari pusat bandar nanti.

The DON'Ts

1. Decleration
#Semasa di dalam kapal terbang, anda akan diberikan embarkment pass. Anda perlu mengisi pass ini, jangan berikan maklumat email sebenar anda. Create email yang palsu. Ada pekara-perkara yang anda perlu tandakan di dalam kotak declaration nanti. Jangan menafikan sekiranya betul, contoh anda membawa ubat-ubatan, so declare sahaja.
#Jangan bawa benda-benda yang membuatkan anda kelihatan ingin tinggal lama disini. Bawa kunci kereta atau rumah anda sekali. Letak dalam dompet. Supaya bila ditanya nanti, anda beritahu sahaja itu kunci rumah dan kereta anda.

2. Lone Ranger
#Jangan datang bersendirian, melaikan alasan anda ingin melawat sedara mara yang ada disini. Sekiranya anda ingin Melancong, maka anda perlu bergerak secara berkumpulan. Lebih baik sekiranya dalam sekumpulan tersebut ialah anak beranak, adik beradik, couple or house and wive.

3. Gementar
#Kemungkinan besar anda akan ditahan dan diletakkan di dalam bilik soal siasat nanti. Jangan rasa takut, relax. Dia akan sediakan segelas air rasanya. Nasihat saya, jangan minum walaupun anda rasa gementar masa tu. Jawab semua soalannya, tidakkan semua tuduhan yang berunsurkan provokasi anda akan bekerja disini. Ingat, set minda anda sebagai pelancong, bukan pekerja ladang.

4. Bila dah overstay
#Selepas 3 bulan anda disini, anda akan berstatus overstay. Nasihat saya, jangan terlalu selesa. Berjalan dan melepak pada waktu malam adalah perbuatan yang menjahanamkan diri sendiri.
#Hati-hati dengan Australian. Jangan maklumkan status anda sebagi Malaysian, nasihat saya, mengakulah sebagai Indonesian. Sebab, bila Malaysian sahaja, kebanyakan Australian tahu kita overstay. Bila mereka berjaya menyerahkan kita kepada pihak imegresen, Mereka akan diberikan $500.00 sekepala.
#Jangan cari gaduh, mengalah sahaja walaupun bukan salah kita. Banyakkan bersabar.

Saya berharap, entri di atas mampu untuk memberikan anda maklumat demi persiapan diri sebelum dan selepas bekerja nanti.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut sila emailkan kepada saya : 
harry.jayneoz@gmail.com

Monday, August 18, 2014

Soal Jawab Lazim

0. Siapa Saya?
Saya adalah pekerja ladang anggur di Mildura. Bekerja selama 2 tahun disini dengan 3 orang kontraktor dan farm yang berbeza-beza. Idea untuk menulis blog ini lahir daripada kontraktor di tempat saya bekerja. Beliau adalah Vietnamese berstatus PR di sini. Beliau inginkan ramai pekerja, dan mencadangkan saya untuk membawa kenalan saya di Malaysia untuk bekerja disini. Beliau merupakan kontraktor yang stabil dan berkecimpung selama lebih 10 tahun di ladang yang sama. Hasil perbincangan saya bersama beliau, beliau bersetuju untuk menjadikan saya sebagai konsultant pekerjaan beliau disini untuk orang-orang Di Malaysia. Sebab beliau juga membuat mekanisme yang sama untuk orang-orang vietnam. Beliau memerlukan orang yang celik IT memandangkan beliau lahir dizaman yang jauh bezanya dengan kita semua. Oleh itu, disebabkan beliau mempercayai saya, maka beliau meminta saya membuat blog ini untuk orang Malaysia. Maka saya menggelar diri saya sebagai Konsultant Pekerjaan anda disini.

Ada Fees? Kenapa?
Ada, Aud$300.00 seorang.
Disini masa itu adalah duit. Masa yang saya luangkan bersama anda, menjawab email, menghantar mesej, menyambut anda bila sampai nanti, berurusan dengan kontraktor dan mengaturkan keperluan anda disini memerlukan kos juga. Maka, kita kena wujudkan win-win situation. Saya guide anda, anda bayar saya.

Mekanisme bayaran?
Setelah perkara (i) ke (v) seperti dibawah berlaku, baru anda membuat bayaran kepada saya.

i). Saya akan mengaturkan jadual perjalanan anda kesini
ii). Saya akan mengaturkan penempatan dan pengangkutan anda disini
iii). Saya akan guide keperluan anda, Do & Don'ts disini
iv). Memberikan anda kerja disini. Kerja yang saya berikan tidak mengikat anda. Tiada sebarang kontrak untuk memaksa anda terus bekerja dengan kami. Bila-bila masa anda boleh pergi. Kebebasan hak masing-masing.
v). Jaminan kerja dalam satu season sahaja. Contoh kami jamin ada pekerjaan untuk anda semasa season picking berlansung selama 6 bulan. Selepas itu, season rolling, pulling dan prunning bermula. Season ni berlansung selama 3 bulan sahaja dan gap sebelum season ini bermula antara season picking ialah 2 minggu. Masa itu, semua orang tidak bekerja. Sekiranya anda ingin pergi ke tempat lain, tiada masalah. Yang penting urusan anda dengan saya sudah selesai.

1. Apakah jenis-jenis kerja yang ditawarkan di Ladang Anggur?
*Jenis kerja yang paling utama di ladang Anggur ini ialah Picking. Picking Table Grape berlansung selama 6 bulan, dibayar secara kontrak. Picking Dried Fruit berlansung selama 4 bulan sahaja, dibayar secara hourly. Biasanya selepas picking Dried Fruit ni, orang akan cenderung ke ladang strawberry. Sebab tu, semasa picking, saya lebih suka Table Grape. Awal bulan June, picking Table grape akan berakhir. Pada masa tu, Prunning untuk Dried Fruit sudah bermula. Selepas 2 minggu, rolling untuk semua jenis grape akan berlangsung. Kerja ini akan dilakukan selama 2 bulan. Minggu kedua bulan August, kerja akan beralih kepada Wineries pula, min prune. Ia berakhir pada bulan September. Mungkin selama 2 minggu bercuti. Selepas itu, sudah boleh berpindah ke Quensland untuk buat picking Table Grape di sana pula. Kepada yang ingin stay, dan tidak ingin berpindah ke Quensland, anda masih ada kerja seperti Plucking, Suckering, Bunch Trimming, Leaves Plucking, dan Covering sehingga pertengahan bulan December. Tetapi sekitar bulan 8 ke bulan 10, masa tu kebanyakan kerja di ladang Anggur akan berkurangan dan kadang-kadang tidak ada kerja langsung. Oleh itu, kebanyakan pickers akan bekerja di ladang Citrus.

2. Banyak ke Ladang di Mildura tu? Selain Anggur, apa lagi ladang yang ada?
*Mildura ni berstatus daerah yang memiliki pusat bandarnya sendiri. Terdapat lebih kurang 12 pekan di bawah naungannya, termasuklah Robinvale. Perjalanan daripada satu pekan ke pekan yang lain secara puratany mengambil masa selama satu jam, itu yang paling singkat rasanya. Mildura terkenal dengan Perladangan Anggur dan Citrus (Buah Oren, Limau, Lemon, dan Mandrin). Terdapat juga ladang sayur-sayuran dan Olive, tetapi berskala kecil sahaja. Jumlah ladang yang ada, saya tidak pasti. Kalau ditanya berapa luas ladang di tempat saya bekerja sekarang, saya pernah bertanya kepada owner ladang, ia seluas 5000 ekar untuk Wineries, 3000 ekar untuk Dried Fruit, dan 1000 ekar untuk Table Grape.

3. Kaedah bayaran gaji?
Samada anda bekerja secara kontrak atau Hourly, anda lakan dibayar secara tunai setiap minggu.
*Kontrak : Bayaran berdasarkan bilangan box atau vine atau row yang kita boleh lakukan dalam sehari. Contoh, semasa picking anda berjaya menghasilkan 50 box sehari, jika 1 box berharga $2.50, maka gaji anda pada hari tersebut ialah $125.00.
*Hourly : Bayaran berdasarkan bilangan jam bekerja dalam sehari. Biasanya sehari dibayar paling rendah $13.00 sejam. Min sehari bekerja selama 6 jam. Max 10 jam, bergantung kepada keperluan ladang.

4. Tempat tinggal dan pengangkutan?
Tempat tinggal ada beberapa jenis dan ia mengikut keadaan rumah dan kedudukannya. Macam tempat saya duduk sekarang, Farm House. Seminggu $70.00 sahaja. Tidak jauh daripada bandar Mildura. Kawan-kawan yang lain, ada yang duduk di Caravan dan ada juga duduk dalam Single House. Berikut adalah taburan harga rumah yang pernah saya survey:
*Farm House : Owner ladang sediakan, sewa sekitar $30.00 ke $70.00 seminggu untuk seorang.
*Caravan : Setiap pekan atau bandar ada caravan park, sewa sekitar $60.00 ke $100.00 seminggu untuk seorang.
*Single House : Dalam taman perumahan, dekat dengan bandar atau pekan. Sewa sekitar $70.00 ke 90.00 seminggu untuk seorang.

Untuk pengangkutan, kontraktor akan sediakan. Sehari sekitar $5.00 ke $7.00 sorang, bergantung kepada kedudukan rumah dengan ladang tempat anda bekerja.

5. Bagaimana dengan Visa?

A. Untuk memasuki Australia, anda kena ada valid visa. Biasanya Visa ni dikenali sebagai Subtentive Visa. Jenis Subtentive visa yang biasa digunakan ialah Holiday VisaETA, Working Holiday, Student Visa, dan Skill Visa.

B. ETA, adalah subtentive visa yang digunakan untuk melancong sahaja. Jangka hayat visa ini adalah setahun. Tetapi, bilamana anda sudah memasuki Australia, anda hanya boleh berada di dalam negara tersebut selama 3 bulan sahaja. Jika lebih, anda akan berstatus overstay. Sekiranya sehari sebelum tempoh 3 bulan tersebut berakhir, anda sudah meninggalkan Australia, anda tidak akan diblacklist sebagai overstay, cuma anda kena memberi alasan yang kukuh kenapa anda duduk agak lama sedangkan anda sebenarnya berstatus pelancong sahaja. Dengan menggunakan visa yang sama, anda masih boleh memasuki Australia untuk kali kedua, cuma anda kena pastikan jangka hayat visa tersebut tidak lebih daripada setahun. Jika lebih, anda kena membuat permohonan baharu.

C. Working Holiday Visa pula, adalah visa yang ditawarkan kepada pemohon yang ingin bekerja sambil bercuti di Australia. Jangka hayat visa ini adalah selama 2 tahun. Kalau tak silap saya, di Malaysia ia limited kepada 200 orang sahaja setahun. Dengan visa ini, anda akan diberikan Tax File Number (TFN) yang membolehkan anda bekerja selama 6 bulan sahaja. Selepas itu, anda kena melancong dan perlu memperbaharui visa tersebut. Kebanyakan backpackers yang saya jumpa, untuk proses ini, mereka akan bekerja di ladang agar kontraktor yang berdaftar dengan kerajaan Autralia menurunkan tandatangan mereka sebagai simbolik jaminan bahawa visa mereka layak untuk diperbaharui, ia dipanggil sebagai 2nd Year Visa. So, mereka kena bekerja selama 90 hari bekerja penuh, tidak termasuk cuti di ladang. Sebab itu, banyak backpackers bekerja di ladang semata-mata untuk mendapatkan 2nd Year Visa mereka tersebut. Kerana, pekerja yang memiliki TFN akan dibayar hourly sebanyak 21 ke 23 dolar sejam.

D. Student Visa, ialah visa yang ditawarkan kepada Orang luar yang belajar disini. Mereka boleh bekerja, tetapi limited hour. Seminggu maksimum 20 jam. Mereka dibayar sama seperti Working Holiday Visa holders.

E. Skill Visa adalah visa yang ditawarkan kepada orang luar yang ingin menyumbang kepakaran yang mereka ada di negara ini. Mereka juga dibayar lebih kurang sama dengan Working Holiday Visa holders.

Dalam kes kebanyakan pickers daripada Malaysia ni, mereka menggunakan ETA (Holiday) visa untuk membolehkan mereka memasuki Australia kerana visa ini adalah yang paling murah dan mudah diperolehi. Hanya RM20.00 sahaja untuk seorang. Visa ini boleh dibeli dengan mana-mana Travel Agent yang berdaftar. Selesai sahaja mereka melepasi sempadan imegresen Australia, mereka boleh bergerak bebas selama 3 bulan sahaja, lebih daripada itu, overstay.

6. Masalah yang anda hadapi bilamana dah Overstay?
*Status : anda berstatus sebagai pendatang tanpa izin.
*Sosial Life : pergerakan anda terbatas, diburu polis dan imegresen. Bila ada rush, kena pandai-pandai survive.

7. Berapa kos untuk bekerja di Australia?
Saya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat untuk soalan ini. Saya hanya boleh memberikan anda anggaran sahaja. Contohnya untuk seorang:

Ground cost (duit minyak, top up dan lain-lain semasa anda di Malaysia)
i. Visa Melancong ETA : RM 20.00 (beli kat Travel Agent yang berdaftar)
ii. Minyak & Top Up : RM 100.00
iii. Beli barang-barang keperluan lain untuk dibawa kesini : RM 150.00

Tiket
i. Flight (return) : RM 1600.00
ii. Penginapan budget : RM150.00
iii. Airport ke City (Melbourne) : RM50.00
iv. Train ke Mildura : RM 150.00

Kos Lain-lain
i. Consultancy charge : RM 900.00
ii. Duit makan minum : RM 200.00

Duit Poket kat sini nanti = RM1000.00

Total Kos = Ground + Tiket + Lain-lain = RM 4 320.00

Di atas, adalah jumlah kasar, mungkin kurang, mungkin juga bertambah. Oleh itu, saranan saya, anda sediakan lebih sedikit lebih baik daripada kurang. Mana tahu ada kes2 emergency. Untuk selamat, anda sediakan duit sebanyak RM 4 500.00 @ AUD 1 500.00 seorang.

8. Berapa jumlah pendapatan dalam satu season kerja berlansung?

Contoh Picking Season selama 6 bulan (Jan - June) untuk new pickers

Sebulan 4 minggu, 6 bulan bersamaan 24 minggu.
Purata pendapatan = $500.00 x 24 minggu = $12 000.00

Tolak sewa rumah ($70.00 seminggu), Makan minum ($50.00 seminggu), Transport ($35.00 seminggu), lain-lain ($50.00 seminggu)
= $500.00 - $70.00 - $50.00 - $35.00 - $50.00
= $295.00 seminggu @ RM885.00 seminggu.
So,

Dalam satu season picking, anda boleh mengumpul pendapatan bersih sebanyak
=>>> $295.00 x 24 minggu = $7 080.00 @ RM 21 240.00

****nasihat saya, sekiranya di malaysia anda boleh mendapat jumlah bersih seperti di atas, maka jangan sesekali datang untuk mencuba bekerja disini. Kerana, jumlah diatas adalah hasil banting tulang 4 kerat anda selama 6 bulan. Modus operandi pekerjaan disini mudah, bangun seawal 7.00 pagi, balik kerja sebelum 6.00 petang dan kena bekerja bagai nak mampus beratnya. So, fikir fikirkanlah. Kepada mereka yang sudah biasa bekerja berat, saya alu-alukan anda untuk bekerja disini sebab berdasarkan pengalaman saya, orang yang seperti anda memang buat duit yang amat dahsyat disini. Kawan saya, seorang bekas nelayan berjaya menghasilkan pendapatan bersih sebanyak 2 kaliganda daripada jumlah di atas.


9. Bagaimana Nak Apply?

>>> Saya tahu kenapa banyak orang bertanyakan soalan ini. Bagi saya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap blog2 yang juga menawarkan kerja disini, mereka siap letak bagaimana nak apply. Siap mintak fotostate ic la bagai... Macam leceh. Walhal bekerja kat ladang jer pun, tu pun akan berstatus illegal nanti. Propa jer semua ni kan...hahhaha.

>>> Bagi saya, cukup saya beritahu anda akan MEKANISME nak menjayakan anda bekerja disini

1. Emailkan/mesej detail anda kepada saya. Seperti nama, no ic, no fon, dan asal mna.

2. Bagitahu saya bila anda nak mula bekerja disini. So, kita boleh bincangkan tarikh flight anda nanti. Kita survey tiket flight, then setkan tarikh tetap nak terbangnya bila. Beli tiket dahulu, then kita setup yang seterusnya. PLEASE bagi saya copy tiket yang anda berjaya beli nanti. Ia memudahkan urusan saya disini. saya kena pastikan anda sudah komit untuk datang kesini, so saya akan setupkan transport dan umah kat sini nanti.

3. Urus passport dan visa setelah beli tiket. Pastikan urusan ini 2 minggu lebih awal daripada tarikh penerbangan anda kesini. Sebab
i. Bagi orang sabah sarawak yang menguruskan passport di S/Mas, proses nak siapkan passport adalah seminggu.
ii. Bagi orang S/Mas, cuma 3 jam paling cepat atau sehari paling lewat prosesnya. So kalau kes ni, boleh la urus passport seminggu lebih awal daripada tarikh flight.
iii. Kalau yang dah ada passport, pastikan passport anda hidup selama 2 tahun keatas. Kalau kurang, untuk memudahkan urusan anda disini, baik renew passport kepada 5 tahun terus. Perkara ini adalah untuk, kemungkinan anda berpeluang untuk apply visa bekerja disini nanti. Untuk ini, saya akan explain dengan lebih lanjut dalam entri penulisan saya yang lain. Anda susah nak bergerak bilamana passport anda mati nanti. Ingat passport berbeza dengan visa ok.

4. Tiba tarikh flight tiba nanti, kami akan berada di bandar tempat anda turun. Kami akan sambut anda di pusat bandar tersebut. Mendarat sahaja dan selesai urusan anda dengan border immi, anda akan dilepaskan. Masa tersebut, anda boleh terus beli simkad baru, ada dijual kat airport tu. Sehari Sebelum naik flight drp malaysia tu PLEASE call saya. Saya akan explain pasal simkad ni nanti.

5. Bila kita dah bertemu nanti, that is next step yang perlu anda buat. I will guide u ok... Heheh. SELESAI mcm mna nak apply.


10. Terms & Conditions?

1. Cukup Bajet. Rujuk soalan nombor 7 di atas. Untuk selamat, anda sediakan duit sebanyak 
     RM 4 500.00 @ AUD 1 500.00 seorang.

2. Rakyat Malaysia, lelaki atau perempuan (yang kekeliruan gender pun boleh, no hal...) berusia 18-40 tahun.

3. Memegang passport antarabangsa yang masih valid. Kalau boleh amik yang 5 tahun punya ye....RM200.00 jer pun. Kalau takde bajet, buat yang 3 tahun pun jadilah... Yang penting ada.

4. Tanpa sebarang rekod jenayah berat. Kalau jenayah yang ringan2 jer tu tak apa kot... Setakat mencuri ayam jiram rumah sebelah lepas tu kena tangkap polis, rilex jer... Pasti boleh lepas imegresen punya...heheheh

5. Sihat tubuh badan, waras dan bukan gila atau tiga suku atau lupa ingatan. Ada yang saya jumpa orang macam ni disini, so please jangan apply ngan saya kalau anda sedemikian rupa.

6. Tidak berangan nak cepat kaya, atau berasal daripada keluarga yang kaya, takut nanti kat sini asik nak berlagak jer... Seolah-olah dia tu anak kepada rosmah dan najib pula, lepas tu kawan ngan Leonardo Dicaprio, tak pasal2 buat filem hollywood pula kat sini, alahai~ pening.

7. Kuat semangat dan rajin bekerja. Kalau setakat bekerja berat sikit dah sakit badan, dan2 siap cuti dua tiga hari lagi, baik tak yah datang. Sebab hanya orang yang bekerja selama 7 hari seminggu jer yng boleh buat duit disini.

8. Visa, kalau nak mudah ambil yang visa melancong jer... RM20.00 sorang. Beli kat Travel Agent yang berdaftar dengan Kementrian Pelancongan Malaysia. Kalau setakat kenalan2 yang suka jalan2, kononya buat business pelancongan tapi bukan ahli MATTA dan IATA, tak ada lesen pelancongan pun, memang tak akan dapat harga ni. Please jumpa Travel Agent yang betul k...

9. ATTITUDE. Be nice with everybody. Jangan suka cari pasal, sikit2 nak tumbuk, sikit2 nak melenting, sikit2 mencanak. Susah nak survive org macam ni, last2 dipulaukan oleh orang. Dah tak tahan, balik Malaysia, kan dah susah mcm tu. Belajar untuk berdiplomasi dengan orang lain. Kalau tidak boleh ubah, cuba fikir 100 kali untuk pasang niat nak datang bekerja disini.


Regards,
HarryOZ

Saturday, August 16, 2014

Preview Penulis: Jenis-jenis Kerja di Ladang Anggur

Dalam beberapa blog yang saya baca setakat ni, saya amat tertarik dengan blog yang ditulis oleh saudara ni : http://rezekidiaustralia.blogspot.com.au

Secara peribadi, saya tidak pernah menemui atau berhubung dengan penulis blog tersebut. Setakat membaca dan mengikuti perkembangan blog beliau. Bagi saya blog ini ditulis dengan agak detail. Kebanyakan perkara yang disentuh oleh beliau adalah yang benar-benar berlaku di Australia ni. Oleh itu, kepada pembaca blog saya ni, jika anda inginkan informasi yang lebih terperinci dengan diversi idea yang berbeza, anda juga boleh membaca blog tersebut. Anda akan memperolehi diversiti pekerjaan yang berbeza mengikut tempat anda bekerja. Saya juga pernah bekerja di Robinvale selama 3 bulan. Lokasi pekan ini terletak di antara dua daerah yang agak popular, iaitu Swan Hill dan Mildura. Bagi saya Robinvale adalah pekan pedalaman yang kurang menyediakan kemudahan kepada penduduknya. Hanya ada satu sahaja pasaraya iaitu IGA , itu pun dengan masa operasi yang sangat singkat. Pukul 7 malam pekan ini akan menjadi sunyi seperti tempat yang tidak berpenghuni. Tempat yang agak bosan bagi saya. Oleh itu, saya berganjak ke sebuah bandar pedalaman bernama Mildura, The Rural City.

Kawasan yang tertakluk di bawah Daerah Mildura

Pusat bandar Mildura

Bagi saya, Mildura lebih luas berbanding Swan Hill. Lebih banyak kemudahan yang disediakan. Perkara yang paling penting sekali ialah capaian sumber bekalan makanan yang murah. Di Australia ni, terdapat satu supermarket yang berfungsi seperti Tesco di Malaysia. Supermarket ni namanya COLES. Ia dibuka pada lokasi pusat bandar di satu-satu kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi sahaja. Apa yang menarik pasal pasaraya ni ialah sumber makanannya sangat la murah. Setiap minggu mesti ada offer. Beras pun ada offer sehingga 60%, pada masa tu, $5.00 untuk 5 kilo. Dengan berbekalkan duit $50.00 sahaja, anda mampu membeli sumber makanan untuk kegunaan seminggu, penuh trolley dengan makanan, memang puas....heheheheh. Tetapi berbeza keadaannya jika saya membeli belah di pasaraya lain seperti WOLWORTH dan IGA. Relatif harga makanan di pasaraya ini agak mahal sedikit. Tidak sepuas anda membeli belah di COLES. Tesco sendiri pun tidak semurah apa yang ditawarkan oleh COLES. Produk atas jenamanya sendiri pun sangat murah dan berkualiti, jauh bezanya dengan kualiti barangan Tesco di Malaysia. Hurrrmmmm.... So, dengan adanya COLES, bujet makanan saya hanya $50.00 sahaja seminggu, selalunya kurang daripada itu sebab stok bekalan makanan daripada minggu sebelumnya masih ada lagi. Jimat lagi menjimatkan. Saya tidak pasti COLES ada di Swan Hill ataupun tidak, untuk kepastian anda bole melayari laman sesawangnya,  di sini www.coles.com.au


Berbicara tentang kerja, setakat ini saya hanya bekerja di ladang anggur, non-stop. Di Mildura ni, ladang yang paling popular ialah Anggur dan Citrus. Citrus saya tak pasti, tetapi Anggur musim kerjanya adalah seperti berikut:

Januari ke June : Picking Table Grape dan Dried Fruit
June ke September : Prunning, Pulling dan Rolling Table Grape, Dried Fruit, dan Wineries
************************Kadang-kadang ada kerja seperti Suckering, Planting, dan Minimum
                                  Prune untuk Wineries. Kerja ni memang buat duit, cuma agak payah.
September ke December : Plucking, Bunch Trimming, Cleaning, dan Covering.
******************************Pada masa ni, saya akan Ke Emerald, Brisbane di Quensland untuk
                                          picking anggur jenis Flame dan Menindee.


Berikut adalah kerja-kerja yang dilakukan untuk sebuah ladang Anggur:

PICKING
Bagi saya, musim ni adalah musim untuk buat duit. Kebiasaanya kerja ini bermula pada awal musim panas dan berakhir diakhir musim luruh, sekitar awal bulan June. Di Quensland, akhir bulan 10 picking anggur jenis Flame dan Menindee akan bermula. Selalunya berlangsung selama 3 bulan. Akhir bulan Januari pula saya akan ke Mildura semula untuk mulakan picking anggur jenis Sable, Sultana, Red Globe, Crimson, Thompson, dan Carlmera. Ada lagi yang lain, tapi dah lupa namanya...hahahhaha. Kebanyakan kerja ini dibayar secara kontrak. Setakat ni, yang saya jumpa, hanya 2 syarikat sahaja yang dibayar secara hourly. Kalau kontrak, biasanya kerja dilakukan secara pick and pack. Kita akan diberikan sebuah trolley bersama penimbang dan kotak. Buah yang kita pick tu, kita kena pack di dalam kotak yang disediakan. Kalau hourly pula, pekerja akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Kumpulan pertama, berada diladang. Mereka akan pick semua buah dan dimasukkan kedalam kotak kabus polistrine untuk dibawa ke dalam bangsal, dipanggil Shed. Di dalam Shed tersebut, kumpulan kedua akan melakukan kerja-kerja pack buah yang telah di-pick tadi. Sepanjang lebih kurang 7 ke 8 bulan saya bekerja sebagai Pickers, pendapatan minimum yang saya pernah dapat ialah 350.00 dolar seminggu, sebab keadaan cuaca yang kurang baik dan di minggu terakhir musim picking berlansung. Itu pun dalam 35 minggu saya bekerja, hanya sekitar 3 minggu sahaja saya berpendapatan sedemikian. Maksimum yang saya pernah capai ialah 1200.00 dolar seminggu. Purata pendapatan sya secara mingguan ialah 800.00 dolar seminggu. Maknanya, pendapatan kasar saya ialah 3200.00 dolar sebulan. Ini adalah perkiraan berdasarkan tahun pertama saya bekerja disini. Tahun ini adalah tahun kedua, dalam beberapa bulan lagi, musim picking anggur di Emerald akan bermula. Ini adalah kerja kemahiran, pengalaman akan menjadikan kita pickers yang baik dan laju. Kawan yang saya kenali disini, sudah bekerja 2 tahun, dan tahun ini adalah tahun ketiga beliau,  purata pendapatan beliau seminggu ialah 1200.00 dolar. Sebulan 4800.00 dolar. Memang sangat lumayan. Jika ditukar kepada matawang Ringgit, maksudnya, gaji beliau sebulan ialah 13 000.00.


PRUNNING
Tahun ini saya baru sahaja melakukan kerja Prunning. Kepada newbies, kerja ini tidak akan ditawarkan melainkan kontraktor or owner ladang berkeyakinan kepada anda. Kerja ini akan bermula di akhir musim luruh, sekitar awal bulan June dan berakhir dipertengahan musim sejuk, sekitar awal bulan August. Gap antara kerja Picking ke Prunning ialah seminggu. Maknanya kita akan bercuti seminggu dalam tempoh tersebut. Kerja prunning ini akan berlangsung selama 10 minggu. Bagi yang berkemahiran, kerja ni memang boleh buat duit. Selama 8 minggu saya lakukan kerja ni, purata pendapatan saya ialah 900.00 dolar seminggu.

PULLING
Setelah kerja Prunning bermula selama seminggu, Pulling akan bermula pula. Secara peribadi, saya kurang mengemari kerja ni. Terlalu banyak menggunakan tenaga. Caranya mudah sahaja, setelah ranting-ranting anggur yang berselirat dan sangat tebal itu dipotong (prunning), maka kita kena pull. Kerja ni berakhir pada akhir bulan Julai. Semasa saya melakukan kerja ni tahun lalu dan satu minggu di tahun ini selepas prunning, purata pendapatan sya ialah 500.00 dolar sebulan.

ROLLING
Kerja ini akan bermula seminggu selepas kerja pulling dilakukan. Kerja ni berakhir pada pertengahan bulan August. Rolling untuk Dried Fruit lebih mudah berbanding Table Grape. Tahun lalu selepas pulling saya buat rolling Table Grape. Pendapatan saya lebih kurang seperti pulling juga. Tetapi tahun ni, saya buat rolling Dried Fruit, pendapatan saya sekitar Prunning, malah pernah seminggu pendapatan saya mencecah 1500.00 untuk kerja-kerja rolling Dried Fruit ni. Mulai tahun hadapan, plan saya, saya akan utamakan kerja-kerja rolling Dried Fruit berbanding Prunning dan Pulling. Sebab, ia lagi lumayan...heheheh

TRIMMING
Kerja ni hanya dilakukan sekiranya ada Table Grape Young Vines, pokok muda. Saya tidak pernah buat kerja ni. Tapi berdasarkan temuramah saya bersama kawan-kawan yang pernah buat kerja ni, ia senasib dengan Pulling juga. Pendapatan seminggu lebih kurang 500.00 ke 600.00 dolar jer. Kerja ni berlansung serentak dengan pulling. Tetapi dalam 2 ke 3 minggu sahaja.

SUCKERING
Kerja ni dilakukan untuk wineries Young Vines sahaja. Semasa pokok wine ditanam, terdapat banyak tunas pokok yang tumbuh. Dalam satu vine tersebut, kita hanya perlukan satu tunas sahaja, yang tumbuh paling tinggi dan sihat. So yang lain kita kena potong habis. Pendapatan dan tempoh kerja lebih kurang kerja trimming.

PLANTING
Kerja ni pun tidak panjang tempohnya. Malah jarang berlaku. Tetapi yang saya tahu, ia dibayar secara hourly....

MINIMUM PRUNE
Saya suka kerja ni. Saya gelar ia kerja berjalan dan dapat duit. Ia dilakukan untuk grape wineries sahaja. Prunning akan dkakukan oleh mesin, min prune maksudnya, ranting yang tidak terpotong oleh mesin kita kena kerat secara manual. Dalam satu row, purata wineries ialah 200 vine se-row, hanya 20% sahaja ranting yang tidak terpotong, itu pun pendek-pendek dan sebasar jari jemari jer. Sehari paling rendah kita boleh buat 15 ke 20 row. Sehari paling minimum kita dapat 90 dolar. Kerja ni berakhir pada pertengahan bulan september, masa tu musim bunga baru bermula.

PLUCKING, BUNCH TRIMMING, CLEANING
Saya satukan kerja-kerja ni sebab ia kerja yang dilakukan pada musim yang sama iaitu, pertengahan musim bunga hingga ke pertengahan musim panas. Plucking kita akan memetik tunas-tunas baru yang tidak diperlukan dan rapat antara satu sama lain. Bunch trimming kita lakukan untuk mengawal saiz bunch anggur bilamana ia membesar nanti agar ia membesar dengan saiz yang diinginkan. Cleaning boleh juga dikenali sebagai leaves plucking. Kita akan mengurangkan jumlah daun yang tumbuh pada vine agar buah yang tumbuh mudah untuk di-pick nanti. Saya kurang gemar kerja ni, sebab itulah, semasa musim ini bermula, saya akan ke Emerald untuk kerja-kerja picking, sebab saya lebih mengutamakan picking berbanding kerja-kerja yang lain.

COVERING
Kerja ni dilakukan pada bulan December. Ia dibayar mengikut jumlah ekar tanah yang kita buat. Saya tak pernah buat kerja ni. Tapi kata senior boleh buat duit, cuma masa ni saya berada di Quensland buat picking Flame dan Menindee.

Begitulah perincian jenis-jenis kerja dalam sebuah ladang Anggur. Diharap sedikit penjelasan di atas akan dapat membantu anda untuk memahami pecahan kerja di ladang anggur sepanjang setahun.

Tuesday, August 12, 2014

Preview Penulis: Analisis Kekuatan Individu

Selaku rakyat kepada negara membangun seperti Malaysia, tidak boleh dinafikan bahawa keadaan ekonomi kita jauh lebih berbeza jika dibandingkan rakyat di Australia. Jika kita berbangga dengan kepelbagaian budaya yang kita ada, disini juga sama. Cuma yang bezanya mereka rakyat pelbagai budaya yang mempunyai kuasa beli 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita di malaysia. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa rakyat Malaysia mula untuk bermigrasi dan bekerja di luar negara.

Dalam domain sumber pendapatan saya secara peribadi di Malaysia, selaku pekerja dalam bidang profesional, pendapatan saya masih tidak mampu untuk menanggung keperluan hidup saya sehari-hari. Hidup dalam keluarga yang agak besar dan menjadi abang sulung kepada 8 orang adik beradik dengan status saraan ibu tunggal, saya merasakan agak payah untuk saya membuat simpanan peribadi melainkan kesemua wang gaji saya digunakan secukupnya untuk menampung hidup kami sekeluarga. Oleh itu, hasil perbincangan saya bersama salah seorang rakan saya yang sudah bekerja 3 tahun di Australia, beliau berjaya meyakinkan saya untuk bekerja di bumi yang amat luas ini.

Tahun pertama saya disini, masa itu musim Picking Table Grape bermula, awal bulan Januari di Mildura Victoria, berkat niat dan harapan keluarga di Malaysia, perjalanan saya agak mudah disini. Istilah MUDAH bagi saya agak berbeza lavel-nya dengan kebanyakan orang yang saya jumpa disini. 

Sebagai Contoh, saya bertemu dengan seorang mamat pertengahan usia daripada Semenjung Malaysia yang bercerita kepada kami selaku budak baru pada masa itu bahawa betapa payah dan susahnya kerja Picking ni. Mamat ni kata, owner ladang cerewet la, kurang ajar la, dan untuk budak baru, first day picking memang tak akan cecah 20 box, sebab buah yang kami mula picking pada keesokkanya adalah Sable (anggur ni berwarna hitam, kecil sedikit berbanding Autumn Royale). Dipendekkan cerita, hari pertama saya dapat 32 box. Satu box $3.20. Kurang 5 box daripada Mamat yang duk cerita bersungguh tadi. Minggu pertama sahaja pendapatan saya sebanyak $800.00 Kalau ditanya saya, bagi saya kerja picking ni adalah yang paling senang. Mungkin sebab sifat semulajadi saya yang suka menghias dan mengemas rumah, maka apa sahaja kerja yang menyusun dan memerlukan ketelitian adalah kerja yang mudah. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Oleh itu, moral kepada contoh ini ialah, senang atau susah kerja di ladang Australia ni bergantung kepada rutin aktiviti dan kerja kita sehari-hari di Malaysia.

Contoh kedua, lebih kurang dalam 2 minggu selepas musim picking, musim Pruning, Pulling, dan Rolling akan bermula. Selaku orang baru, kerja yang saya perlu lakukan ialah Pulling. Saya akui, kerja ni memang sangat berat untuk saya kerana menggunakan tenaga semata-mata. Selama lebih kurang 2 bulan kerja ini berlansung, purata pendapatan saya setiap minggu ialah 500 dolar. Tetapi, salah seorang daripada kawan saya sangat perform kerja seperti ini. Dalam seminggu paling minimum gaji beliau ialah 500 dolar siap tolak rumah dan transport, maksimum beliau perolehi 900 dolar seminggu. Oleh itu, moral kepada contoh ini ialah SUSAH bagi saya tidak semestinya SUSAH bagi orang lain. Masing-masing ada kelebihan. So, analisis keupayaan diri anda dahulu. Apa yang boleh dan tak boleh anda buat. Tetapi itu tidak bermaksud bila anda tak boleh buat maka anda akan berhenti daripada bekerja dan nak buat yang anda boleh sahaja. Pada fasa ini, pada saya, saya akan melawan emosi dan dalaman saya. Saya memerlukan reverse psikologi untuk saya sentiasa bersemangat. Ibu saya selalu perpesan, untuk bekerja kuat, kena tidur awal sebelum pukul 12 malam dan bangun awal pagi sebelum pukul 6. Petua ini sangat bagus dan berkesan. So saya teruskan.

Kedua-dua contoh yang saya nyatakan di atas adalah gambaran sebenar yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan saya disini. Harap ia mampu memberi gambaran awal terhadap langkah pertama yang perlu anda lakukan sebelum bekerja sebagai Peladang di Australia. Saya yakin ia mampu menjadikan diri kita mudah untuk beradaptasi dengan budaya kerja disini.




Monday, August 11, 2014

Kenapa Saya Baru Menulis???

Hari ini terpanggil saya untuk menulis blog berkenaan kerja di ladang Australia kerana setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran selama dua tahun disini, saya yakin bahawasanya saya perlu juga untuk menulis sedikit sebanyak info perjalanan saya disini untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Tujuan perkongsian ini adalah sebagai rujukan dan sempadan yang patut ada pada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk bekerja disini. Sekurang-kurangnya para pembaca memiliki gambaran yang agak jelas tentang apakah sebenarnya yang berlaku dan yang akan berlaku kepada diri anda selaku Pekerja Ladang di Australia kelak. Idea perkongsian ini wujud adalah untuk mengelakkan anda terpedaya oleh banyak pelaku-pelaku yang saya ketegorikan sebagai "Cibai" cuba untuk mempengaruhi anda demi "wang"....  Bagi saya Australia is a Place for Life Gambler, so all of us should be take more careful of ourself and don't simply trust others then yourself.....

Daun Anggur jenis Crimson (Table Grape) di hujung musim Luruh

Memandangkan ini adalah artikel pertama saya, jadi saya akan highlight terlebih dahulu entri penulisan saya didalam blog ni seperti berikut

1. Pandangan peribadi saya berkenaan kerja-kerja yang sudah saya buat disini (setakat ni saya buat kerja di ladang anggur sahaja seperti table grape, dried fruit  and wineries farm)

2. Hasil perbualan saya bersama kenalan-kenalan yang saya temui disini. Bagi saya ini sangat menarik untuk dikongsikan. Macam- macam cerita ada, suka duka semua ada... Kata orang "..this is Australia ok!!!... Not Malaysia..." Hurrrmmm~

3. Takwim kerja saya dan kawan-kawan yang lain sepanjang tahun (mengikut kawasan yang saya pernah bekerja seperti: Kalau di Victoria ni ialah Swan Hill, Mildura, Robinvale, Merbein, dan Red cliff. Kalau di NSW pula, Wentworth la yang paling dekat. Kalau di Quensland pula, Emerald la tempat yang menjanjikan kerja untuk peladang anggur) - lain daripada tempat-tempat ni adalah hasil perkongsian saya bersama rakan-rakan yang lain.

Vine Anggur jenis  Sunmuscat (Dried Fruit) semasa musim Sejuk 

Gambaran Ladang Wine (Wineries Grape) di awal musim Panas

Selain daripada 3 perkara di atas mungkin juga akan saya tulis mengikut mood dan perkembangan idea semasa.

Perkara yang paling penting anda perlu ingat berkenaan saya ialah SAYA BUKAN

1. Kontraktor
2. Sub-kontraktor
3. Supervisor
4. Atau Orang Harapan yang berkepentingan, atau
5. Perantara kepada mana-mana pihak berkepentingan

SAYA ADALAH network anda disini. Saya sedia menjadi Jururunding/Penasihat anda disini. Apa yang saya tahu saya kongsikan kepada anda, jika diluar pengetahuan saya, mungkin saya boleh dapatkan daripada rakan-rakan saya disini. Di dalam group kami disini ada beberapa orang yang sudah bekerja lebih daripada 5 tahun dan mereka sedia membantu kita untuk mendapatkan idea peluang pekerjaan disini. Mereka juga adalah network saya disini sebelum saya memijakkan kaki di tanah yang sangat luas ini. 

Hari pun dah lewat malam, esok nak kerja kena bangun seawal 5 pagi. Kerja Wineries esok. So, saya tamatkan artikel ini, kita jumpa di artikel saya yang baru... Selamat Malam.