Thursday, April 30, 2015

ONSHORE PROTECTION VISA (Subclass 866) : Peluang Ataupun Perangkap


Artikel kali ini saya kongsikan kepada para pembaca kerana bagi saya ianya penting untuk dihadam agar kita mampu memikirkan mekanisme yang sewajarnya bilamana kita berhadapan dengan mana-mana migration agent disini samada berdaftar ataupun tidak berdaftar (klik disini untuk mengetahui agen yang anda temui berdaftar ataupun tidak dengan kerajaan AU). 



Lebih kurang sebulan (dalam analisis serius) saya mengambil masa untuk mengolah maklumat, yang bagi saya tepat untuk menjelaskan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “Protection Visa”. Mungkin bagi mereka yang sudah berada di dalam proses memohon/menunggu keputusan visa jenis perlindungan ini sudah merasakan ianya adalah perkara biasa disini. Tetapi malangnya, bila ditanya, mereka hanya mampu memberikan ucapan yang terlalu ‘surface’ atau meminta kita menggunakan peguam atau agen imigrasi ataupun kawan-kawan kenalan mereka, lalu gagal untuk memberikan kepada kita fahaman sebenar terhadap visa perlindungan ini. Jika ada para pembaca yang mengetahui maklumat yang lebih tetap, saya alu-alukan untuk berkongsi sama diruangan komen artikel ini.