Setakat ini, season pruning, pulling, dan rolling di ladang anggur Mildura sudah hampir berakhir. Tinggal hanya lebih kurang 6 minggu sahaja lagi. Sekarang kerja-kerja pruning, pulling, dan rolling untuk anggur kategori dried fruit dan wineries sudah bermula, biasanya ia akan berakhir di akhir bulan 8, minggu keempat. Selalunya, selesai sahaja kerja di ladang anggur, saya bersama team akan bergerak ke ladang Stone Fruit di Swan Hill. Kerja-kerja thinning buah peach, nectarine dan apricot, akan bermula pada minggu kedua di bulan September. Tetapi tahun ini, perancangan berubah arah ke ladang Mango pula.