Mohon maaf sekiranya ada yang telah menghantar email atau mesej sebelum Oktober 2015 tetapi gagal untuk dibalas. Saya hargai usaha anda dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini. Artikel ini saya tulis bertujuan untuk menjawab persoalan pembaca secara 'bundle' kerana mejoriti pembaca bertanyakan bentuk soalan yang sama.
Friday, October 23, 2015
Thursday, October 22, 2015
Analisis Pekerjaan Terkini : Dari Ladang Mangga ke Ladang Anggur Semula
Pekerjaan di ladang mangga sudahpun ke penghujungnya. Kini, kerja yang paling menyeronokkan bagi saya ialah petik anggur akan bermula dalam seminggu sahaja lagi....hehehhe
Cleaning Machine, Wrap-up event
Buah terakhir dipetik, jenis Clypso
Perjalanan daripada Darwin NT ke Emerald QLD membina seribu satu memori. First time memandu merentas NT ke QLD. Tiga hari baru sampai. hahahhaha.... sungguh panjang perjalanan. Kerja di ladang mangga ini, secara keseluruhannya bagi saya adalah kerja yang amat membosankan. Mungkin sebab saya tidak suka bekerja dalam mode hourly, maka saya mudah terasa bosan. Tetapi, kerja ini saya lihat amat digemari oleh newbie, apatah lagi jenis yang suka mengelat dan bermalas-malas. Tetapi malangnya, orang seperti ini amat mudah untuk dibuang kerja ataupun di-'rotate'... ada juga newbie yang sangat baik, mereka menggunakan peluang sepenuhnya untuk membina trust dan good performance kepada majikan, dan mereka tidak pernah tidak ada kerja sepanjang saya berada di Darwin.
Subscribe to:
Posts (Atom)