Saturday, June 25, 2016

Pekerja 'Overstayed' di Australia 2016 : Malaysia Ranking Pertama!!!


13 March 2016 - Artikel ini sudah agak lama berstatus 'draft' di dalam blog saya kerana belum ada kesempatan untuk mengulas tepat berkenaan isu ini. Keratan akhbar ini diberikan oleh kawan sekerja saya semasa saya bekerja di Queensland awal bulan May baru-baru ini.

Terdapat lima (3) fakta menarik daripada artikel ini;
  1. Jumlah pelawat yang overstay daripada Malaysia mencecah sebanyak 7080 orang, menjadikan rakyat Malaysia berada di tangga tertinggi antara 16 buah negara yang lain. Lima (5) tahun sebelummnya, Malaysia berada ditangga keempat daripada 20 negara yang dapat dikesan status kependudukannya di Australia. Tahun 2013, Malaysia di tangga ke-2 daripada 5 negara tertinggi dalam bancian pada masa itu.
  2. Jumlah bancian ini tidak termasuk 17 300 pelawat yang gagal kembali semula ke negara asal, yang tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa akan statusnya dan lenyap begitu sahaja tanpa jejak. Mejoriti pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal dikesan adalah mereka yang berasal daripada negara-negara Timur Tengah seperti Israel dan Afghanistan
  3. Jumlah bancian ini adalah hasil daripada bilangan pemanggil yang menggunakan khidmat panggilan dalam kategori talian "National dob-in phone line". Mereka yang tidak dapat dikesan adalah individu yang tidak pernah membuat panggilan menggunakan perkhidmatan dob-in ini.

Bancian Tahun 2011, source : Google

Pada tahun lalu, saya juga ada membaca artikel yang lebih kurang serupa dengan keratan akhbar di atas. Artikel tersebut seingat saya mencatatkan, dalam sehari, sebanyak 40 orang pelancong daripada Malaysia gagal untuk kembali ke negara asal tepat pada masanya. Secara keseluruhannya daripada 10 kes visa yang tamat tempoh, 3 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Akibat daripada kes pasangan suami isteri daripada Malaysia yang ditahan selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Melbourne yang disyaki terlibat dengan gerakan IS, dan pada masa yang sama kes tembak mati anggota polis di Martin PL Sydney oleh gerakan IS, maka artikel ini dikeluarkan. Hal ini menjadikan PM Tony Abbots masa itu mengecam Malaysia sebagai hub gerakan IS, dan rakyat Malaysia yang memasuki negara ini akan mengahadapi tapisan yang sangat ketat di sempadan negara. Berdasarkan jumlah pembaca yang menghubungi saya pada tahun lalu, hampir lebih daripada separuh mereka tidak lepas daripada memasuki Australia.

Bancian Tahun 2011, source : Google

Kembali kepada isu di atas, perkara yang paling menarik perhatian saya ialah khidmat talian dub-in ini. Sehingga kini, berdasarkan pemerhatian saya, daripada 10 orang Malaysia yang saya kenali, hanya 2 orang sahaja yang TIDAK PERNAH TERLIBAT dengan hal ehwal mengurus VISA PROTECTION atau BRIDGING atau STUDENT (bogus/foundation project) atau SKILL VISA. Buat pengetahuan para pembaca, semua talian yang berkaitan dengan kerajaan Australia adalah talian khidmat dub-in, yang mana setiap panggilan akan dirakam, dan rakaman ini akan memasuki jabatan analisis maklumat untuk dibanci kategori kes mengikut kunci keutamaannya kepada tindakan pihak yang terlibat. Pihak immi akan menerima laporan daripada jabatan ini berkaitan hal-ehwal visa, dan salah satunya adalah jumlah pemanggil yang sudah overstayed. Daripada situ, mereka akan dapat mengesan kedudukan anda malah segala maklumat peribadi anda akan digunakan oleh mereka kerana panggilan anda merupakan tindakan yang sudah dikategorikan sebagai persetujuan lisan anda untuk pihak kerajaan menggunakan secara sah.

source : Google Image

Baru-baru ini, saya bertemu dengan empat (4) rakan saya, warga indonesia yang pernah bekerja sekali dengan saya di sebuah ladang di Melbourne, tiga (3) tahun lalu. Saya amat terkejut kerana mereka masih berada di Australia lagi. Setahu saya, rumah tempat mereka tinggal telahpun diserbu oleh pihak immi sebulan selepas saya bekerja ke tempat lain. Kata mereka, memang benar sebanyak 13 orang daripada rumah tersebut telahpun ditangkap oleh pihak immi, namum mereka berempat dilepaskan kerana nama mereka tidak disebut di dalam senarai yang sudah sedia ada pada pegawai immi yang mengetuai gerakan penagkapan malam tersebut. Rupa-rupanya, terdapat 2 orang Malaysia yang sudahpun ditolak permohonan visa protection-nya enggan meninggalkan Australia lebih daripada tempoh pelepasan yang dibenarkan dan hilang 6 bulan tanpa jejak. Selebihnya, adalah pemegang visa bridging yang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa akan status kependudukannya. Kesembilan mereka ditangkap pada malam itu. Empat kawan saya ini, pada keesokannya terus berpindak ke negeri lain untuk mencari kerja, maka itulahlah kami masih bertemu lagi.

Pada tahun ini sahaja, lima (5) rakan dalam group saya ditangkap oleh pihak polis tetapi dilepaskan walaupun tidak memiliki sebarang lisen memandu yang sah dan tidak membawa passport bersama mereka semasa mereka bertolak ke ladang untuk bekerja. Hanya amaran jangan memandu melebihi hadlaju sahaja yang yang diberikan oleh pegawai yang bertugas. Kesemua mereka adalah overstayer dan tidak pernah terlibat dengan mana-mana urusan visa selain visa ETA mereka yang sudahpun tamat lebih daripada satu tahun lebih. Lain pula ceritanya bagi tiga (3) rakan saya yang ditahan polis semasa memandu sebulan selepas insiden lima (5) rakan mereka yang dilepaskan, dua (2) daripadanya ditangkap kerana visa tamat tempoh, dan seorang yang memegang visa bridging hanya disaman akibat memandu laju lalu dilepaskan. 

Jika tahun 1995, empat (4) daripada 1000 rakyat Malaysia yang berada di Australia ialah overstayed, kini 3 daripada 10 rakyat Malaysia adalah berstatus overstayed. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah pelarian Malaysia memasuki Australia sekaligus menggambarkan ketidakstabilan polisi pemerintahan negara terhadap ekonomi negara dan polisi kewangannya. Kesempitan hidup yang lahir daripada ketirisan pemerintah masa kini menjadi punca utama penghijrahan beramai-ramai rakyat Malaysia ke negara seperti Australia dan juga Eropah.

Namun, bagi saya, mejoriti daripada pelarian Malaysia di Australia kini, sudah pun tersasar jauh daripada tujuan utama mereka datang bekerja disini. Tujuan setiap kita adalah subjektif, tetapi yang objektif ialah kita tetap Rakyat Malaysia. Tidak akan ada sesiapa yang mampu membawa perubahan positif kepada sesebuah negara kalau bukan rakyatnya sendiri. Sentimen ini, menjadikan saya terfikir semula betapa ideologi sosialis lebih baik daripada kapitalis. Selamat berfikir...

Bagi Readers yang bercadang untuk meninggalkan Australia, saya cadangkan anda membaca artikel ini : Memilih untuk meninggalkan Australia

Bagi Readers yang masih berada di Malaysia, baik cuba peluang ini : Working Holiday Visa  on 11 July 2016

source : Google Image

Bagi yang ingin menambah pengetahuan berkenaan visa scammers, bole baca ini :


Warning Over Scam Immigration Calls and Emails in Australia


Warning regarding Australian visa scams operating in Malaysia


Sekian, Terima Kasih kerana membaca blog saya.

Hary Jayne

No comments:

Post a Comment