Tuesday, May 10, 2016

Picking Berakhir, Pulling dan Rolling Bermula 2016


**************************************************
DIPERLUKAN SEGERA : 10 ORANG UNTUK KERJA PULLING DAN ROLLING
sila hubungi saya di
e-Mail - harry.jayneoz@gmail.com
**************************************************

Kini musim menuai buah sudah kepenghujungnya. Mildura akan menjadi tempat yang sedikit sunyi daripada kesesakan pekerja ladang terutamanya rakyat Malaysia. Boleh dikatakan  mejoriti mereka akan berpindah ke tempat lain, meneruskan kehidupan nomad yang sudah dipilih sejak hari pertama mereka meminjakkan kaki disini.
Tidak semua yang sudah bekerja semasa musim menuai buah anggur mencapai hasrat yang diinginkan. Suka duka yang dialami hanya dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang senasib dengannya. Bagi yang berjaya, saya ucapkan tahniah dan saya kagum dengan hidup luar biasa anda, anda memang manusia yang hebat. Demikian pula, cuma segelintir sahaja yang masih berada disini, menunggu musim Pruning, Pulling, dan Rolling yang akan bermula 2 minggu selepas musim Picking berakhir.

 Keadaan Ladang Anggur Kategori Dried Fruit Semasa Musim Menuai

Gambaran Ladang Anggur Kategori Dried Fruit semasa Musim Luruh (Pruning, Pulling, & Rolling)

Mungkin di artikel yang lepas saya sudah menjelaskan jenis-jenis kerja di Ladang Anggur, namun di artikel ini saya menulis dengan sedikit terperinci penjelasan kerja pada musim akan datang sebagai rujukan pembaca.

PRUNING
Semasa musim luruh bermula, daun-daun anggur akan gugur dan yang tinggal hanyalah ranting-rantingnya sahaja. Bagi memastikan pokok menghasilkan buah yang lebih baik di musim menuai yang akan datang, ranting-ranting yang tua wajib dipotong daripada pokok. Memandangkan anggur adalah sejenis tumbuhan yang menjalar (vine), teknik penanaman yang membolehkannya kelihatan seolah-olah pokok, mendesak peladang memiliki pengetahuan teknikal yang baik dalam memotong ranting-ranting tua tersebut. Oleh itu, peladang akan memastikan bahawa setiap pruner adalah berpengalaman. Hanya yang mendapat kepercayaan sahaja berpeluang untuk belajar cara-cara memotong pokok anggur. Pokok anggur terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu anggur untuk makan (Table Grape), anggur untuk buat alkohol (Wine), dan anggur untuk buat kismis (Dried Fruit). Dalam ketiga-tiga kategori ini, teknik pemotongan anggur Table Grape adalah yang paling kritikal, paling mudah ialah Wine.

Kerja ini biasanya akan ditawarkan kepada pekerja yang sudah berpengalaman dalam kerja-kerja Pulling dan Rolling. 'Vine Pruner' yang berpengalaman (sekurang-kurangnya satu musim) secara teknikalnya akan bekerja tanpa henti sehingga akhir bulan July. Selesai sahaja musim menuai buah, mereka akan terus bekerja sebagai pemotong vine anggur. Maknanya selama setahun (termasuk musim menuai yang bermula pada bulan Januari), mereka akan bekerja selama tujuh bulan dalam sebuah ladang anggur. Biasanya, Pruner yang cekap meraih pendapatan yang lebih banyak berbanding musim menuai buah (picking).

PULLING
Vine yang sudah di-'pruning', memerlukan pekerja yang bertugas untuk menarik semua ranting-ranting tua yang berlilit di dawai besi. Kerja ini dikenali sebagai Pulling. Ia adalah kerja yang mudah dilakukan oleh newbie kerana tidak ada sebarang pengetahuan teknikal diperlukan melainkan tenaga kudrat semata-mata. Bagi yang kuat dan lasak, mereka memang sukakan kerja ini. Tak perlu peningkan kepala, mudah dan masih boleh menghasilkan wang dalam masa 8 minggu bekerja.



ROLLING
Ranting-ranting yang terpilih daripada vine (yang tidak patah/dipotong) akan dililit pada dawai besi yang sedia ada. Sedikit pengetahuan teknikal diperlukan dalam kerja ini untuk memastikan bahawa ranting yang sudah terlilit pada dawai tidak akan terlepas sehinggalah musim bunga bermula, dimana pokok anggur mula mencambahkan pucuknya. Kerja ini juga akan berjalan selama 8 minggu.



MODUS OPERANDI

Ketiga-tiga kerja di atas akan berlangsung selama 8 minggu, bergantung kepada keluasan ladang tempat anda bekerja. Syarikat mega biasanya memerlukan pekerja yang banyak dan akan memastikan kerja ini selesai sebelum musim sejuk berakhir (sebelum bulan September). Oleh itu, secara puratanya di musim ini kita berpeluang untuk bekerja selama 8 ke 10 minggu sahaja.

Sepanjang tahun, saya bersama rakan-rakan akan bekerja di dua tempat utama yang sudah menjadi rutin kepada kami iaitu Emerald Queensland dan Mildura Victoria. Titik tolak pergerakan kami akan bermula selepas musim menuai buah di Emerald Queensland memandangkan mejoriti daripada kami wajib untuk bekerja disitu. Musim menuai di Emerald bermula pada bulan November setiap tahun dan berakhir di akhir December atau awal bulan Januari. Selesai sahaja Picking di Emerald, bagi yang ingin meneruskan kerja di ladang anggur, mereka akan bergerak ke Mildura untuk musim menuai selama 5 bulan (Jan-May), dan yang lainnya akan bergerak ke Ladang Stone Fruit di Cobram (Jan-April) atau mengikuti kenalan lain ke tempat baru mencari pengalaman.

Bagi kerja-kerja di atas, ia akan bermula di pertengahan bulan May sekitar 15hb ke 20hb setiap tahun. Emerald dan Mildura akan bermula serentak. Walaupun Emerald menjamin pendapatan yang lebih lumayan berbanding Mildura, bagi yang sudah berada di Mildura, mejoriti mereka tidak ingin bergerak ke Emerald sehinggalah musim menuai bermula semula pada bulan November kerana bagi meraka ia lebih mudah dan kurang kos. Bagi yang inginkan pendapatan yang lebih serta berupaya untuk melancong ke tempat lain, mereka akan bergerak dan akan memilih Emerald sebagai tempat mereka bekerja setelah banyak duit dihabiskan untuk bersiar-siar. Demikianlah rutin tahunan yang dilakukan oleh saya bersama rakan-rakan di sekitar negara pertanian maju ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai saya bersama rakan-rakan yang lain, sila hubungi saya di:

e-Mail - harry.jayneoz@gmail.com

Harap ketemu kita di musim yang akan datang. Terima Kasih.


**************************************************
DIPERLUKAN SEGERA : 10 ORANG UNTUK KERJA PULLING DAN ROLLING
sila hubungi saya di
e-Mail - harry.jayneoz@gmail.com
**************************************************

No comments:

Post a Comment