Keadaan lambakan pekerja asing daripada Malaysia tanpa permit kerja yang sah mungkin menjadi punca kenapa laporan seperti di atas ditulis. Insiden lambakan yang sudah saya jangka dan perhatikan dua tahun lepas kini menjadi semakin serius.
Friday, August 28, 2015
Monday, August 24, 2015
Situasi Semasa Kerja Di Ladang Mangga Darwin : Realiti Part 1
Bekerja dengan mode Hourly adalah sasaran utama untuk setiap pekerja yang baru sahaja menjejakkan kaki di Australia ini. Newbie seperti ini akan diserbu dengan janji-janji dan ayat-ayat indah daripada setiap orang yang membawa mereka (ejen/kontraktor/sub-sub/manipulator) sebagai jaminan yang sangat subjektif sifatnya. Orang tengah seperti ini mejoritinya adalah jenis yang lebih mengutamakan komisyen atau income yang mereka akan perolehi hasil janji yang mereka sendiri pun tidak pasti akan kebenarannya. Kepada newbie yang terdesak, sudah tidak ada pilihan lain melainkan mengikuti mereka. Inilah situasi yang berlaku kepada newbie yang baru sahaja menjinak-jinakkan diri di ladang Mangga disini.
Taken on 25 August 2015
Kini, saya sudah menetap selama hampir 6 minggu di Darwin. Dapat saya perhatikan beberapa orang Malaysia sudahpun berada disini, dalam tiga group yang berbeza-beza. Hasil 'sembang-sembang' bersama mereka, saya dapati mereka sudahpun berada hampir sebulan disini. mereka datang kesini kerana :
Wednesday, August 12, 2015
Oh Darwin...Mangga atau Mango?
Memainkan peranan sebagai kawasan beriklim semi-tropika, utara NT, WA mahupun QLD adalah hub penghasilan buah mangga yang terbesar di Australia. Pisang dan Nenas juga banyak dihasilkan disini. Minggu ini adalah minggu yang keempat saya bekerja di ladang manga di salah satu kawasan popular di Darwin, NT. Tempat ini tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Kalau Malaysia merupakan negara panas dan lembap sepanjang tahun, tetapi Darwin terbahagi kepada dua season, iaitu panas dan kering (July -Dec), dan panas dan lembap (Jan - June). Yang penting, ia tetap kawasan yang beriklim panas... lol. Bagi mereka yang berangan nak main-main salji, Darwin bukanlah tempatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)